Pages

Subscribe:
Showing posts with label Minat Dan Hobi. Show all posts
Showing posts with label Minat Dan Hobi. Show all posts

Monday, May 14, 2012

Nota Belajar Menjahit

kepada yg berminat utk memulakan hobi menjahit boleh ler download file nie.....nak email sizenya besar sangat

Nota Jahitan (klik link)   - kredit tu blog homesolehah & kedaijahitku
1.panduan menjahit baju kebaya
2.panduan menjahit seluar wanita
3.panduan menjahit baju melayu cekak musang
4.panduan menjahit baju blaus
5.panduan menjahit tulang belut
6.panduan Menjahit Kusyen Segi Empat
7.LBD Maxi skirt Pattern
8.Adult Size Peasent Blouse

Monday, December 5, 2011

Belajar Menjahit

Sabtu lepas 3/12/2011...aku hantar wife belajar menjahit kat giatmara sri gading....disebabkan  kelas masih kosong..cikgu jahit cikgu salemah..ajak aku join sekali.....kelas menjahit nie kelas 1 malaysia yang diadakan partime pada setiap sabtu selama 6 hari..........akhirnya aku terjebak hahahaha..hari pertama dah kena buat pola baju...........blur giler sebab ilmu jahit nie zero.....utk tambahkan ilmu kemahiran aku tabahkan hati..lepas nie ada niat nak belajar buat pastri pulak kat giatmara parit daun


cara mengukur baju yang betol

draf pola bahagian belakang baju kebaya

detail pola kebaya bahagian belakang

wife dapat latihan formal sebelum nie belajar mulut je dgn kawan2 dan akak ipar

makcik2 dan nenek(nurse yg bersara) yang banyak membantu kitaorg

mesin jahit tepi

wife dpt tunjuk ajar buat pola baju kebaya daripada otai2



Saturday, February 14, 2009

Lapor perut aku

(klik gambar utk besarkan)
gambar sayur aku tanam sendiri belakang rumah kacang botal,lada dgn kangkung


Hari nie ahad (15/2/09)........aku bangun tidur kul 8.30 pagi..pastu kena siapkan kerja yang bos aku suruh siapkan seblumm aku gi kursus kat INTAN Sabah..kat pc aku kat rumah lah....alamak banyak lagi beb .....kerja tu..nak taknak aku kena siapkan jugak sebab esok pagi aku dah bertolal utk kursus......dari kul 10.00 pagi sampai dekat kul 1.tgh....baru kerja aku siap..lega hati....meninggalkan opis utk kursus dgn hampir semua kerja dah hampir siap.. bukan semualah siap tapi yang penting2 tu dah aku berjaya siapkan....... alamak perut aku laparlah pulak.....tengok kat peti sejuk tinggal ikan jaket sekerat(ekor je).......beras ada....sayur pulak takder..huhu aku gi belakang rumah nasib baik aku tanam sayur......ada jugak sayur yang boleh aku makan hasil aku tanam sendiri..walaupon sayur tu macam susah nak tumbuh mulanya..sebab aku tanam dalam pasu je....kekadang sayur2 yg aku tanam sendiri....tua ..dan busuk sebab aku tak ambil (jarang2 masak sendiri , beli kat kedai je)....aku dah pesan kat jejiran..ambil ler daripada membazir....apa org kataada jugak sumbangan dan bakti aku dengan jiran2 he..he..huhu.....sekarang utk menambahkan koleksi sayuran aku..aku dah tanam bendi 7 pokok....dgn kacang panjang 5 pasu......

Sunday, February 1, 2009

Aku Suka Menyelam

Gambar nie diambil pakai kemera dalam air krew UCiTV UTHM

Pada 2-4/1/09 kitaorang lepak kat Puteri Pacific Hotel,Johor Bharu 3 hari 2 malam....nie bukan bercuti santai2....kitaorang bekerja ler...aku dilantik sebagai urusetia AJK Cenderahati Dan Buku program di Majlis Anugerah Seni Makum 2008 ( Majlis Kebudayaan Universiti).. anjuran MAKUM,UTHM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..sambil buat kerja ada masa terluang aku terjun kolam......aku ada kebolehan dan minat....aku suka menyelam bukak mata...selama lebih kurang 30-35 saat dalam air..maklum ler dulu masa bebudak duduk FELDA time cuti sekolah sungai ler aku cari.........biasanya kitorg berluma sapa menyelam paling lama...so sampai sekarang le kebolehan tu ada pada aku....aku boleh berenang and aku paling power berenang anjing..tiru macam anjing berenang.. he he huhu....Nak tenggok apa yang ada masa Majlis Anugerah Seni Makum 2008 klik link nie Majlis http://ucitv2.uthm.edu.my/streaming.php?media=ondemand&id=ec1a1a5bbfe2937c2abbf8269add3df6
selamat menoton

Hobi Di Masa Lapang


Nie hobi aku sekarang...hari sabtu ahad cuti kerja..boring2..aku tanam sayur...ada kangkung,bendi ,kacang botol.....pokok kari,pokok pandan.pokok limau....aku tanam kecil-kecilan je..maklum ler rumah taman mana ada tanah..tanam dalam pasu je..... nie sayur aku tanam dah 2 minggu tapi tak naik2..baja dah(kompos taik ayam) tanah yang aku beli tanah terbaik 5 dalam 1 Gardener tanah organik semulajadi.....pelik pelik...tak cukup cahaya matahari kot sebab aku letak kat belakang rumah..aku dah lama minat bertani nie sebenarnya.....masa masuk tingkatan1 dulu aku masuk kelas pertanian dari tingkatan1- tingkatan 3......buat landskap....tanam kangkung dan lain2.....dah biasa buat...masa PMR aku naik pentas sebab aku adalah pelajar terbaik pertanian..he..he..

Australia Open

Menang
An emotional Roger Federer after his loss to Rafael Nadal in the 2009 Australian Open men's final.

Rogger(World No.2)


Nadal(Word No.1)

Nak cerita sikit pasal Australia Open Grand Slam of Asia/Pacific yang baru habis kul 10.oo mlm tadi(1/2/09)...aku start menonton kat channel star sport dati pukul 5.00 ptg tadi and habis menonton kul 10.00 mlm.........final antara Rafael Nadal(world no.1) dan Rogger Federer(No.2)..masa perlawanan 4 jam 23 minit....dan telah dimenangi leh Nadal dengan keputusan

7-5, 6-3, 7-6 , 6-3,6-2...Si Roger nak memecahkan rekod Pete Sampres memenangi Grand Slam ke 14 kalinya...and si Nadal nak memenangi Grand Slam pertamanya kat gelanggang keras dan menjadi pemain Sepanyol pertama menang Australia Open .Ulasan yang diberi oleh semua orang (otai-otai tennis)kebanyakan mahu Rogger menang malam nie......Si Nadal nie jadi 'Under Dog ' kurang yang menjangkakan dia akan menang..maknanya orang beri harapan sikit je sebab masa dia main separuh akhir dia kalahkan rakan senegaranya Fernando Verdasco 5 set....dalam masa 5 jam 14 minit,rekod perlawanan paling lama dalam sejarah Australia Open setakat nie 6-7,6-4,7-6,6-7,6-4.Manakala lak si Rogger kalahkan Andy Roddick 3 set je 2-6,7-5,7-5 dan masa rehat sebelum final ada masa 2 hari..jadi masa rehat si Rogger nie panjang ler berbanding Nadal sehari je rehat sebelum final..Orang kata Nadal akan kalah sebab keletihan..belum sempat recover penat...

Aku nie dulu peminat Rogger.......2,3 tahun lepas ,dia jadi player no 1...sejak 2004......pastu dia asyik menang je..aku bosan lah pulak....tahta no.1 dia dirampas oleh Nadal pada tahun 2008,masa Wimbledon Championship 2008, Roger kalah dalam masa 4 jam 48 minit kalau tak salah aku 4-6,4-6,7-6,7-6,7-9 ,Si Nadal asalnya nie terror kat gelaggang tanah liat je selalu menang kat surface nie je..sampai di gelar King of clay...yang menyebab aku mula minat Nadal nie sebab gayanya ...dia suka menjeling oppenent dia..ada class...siut

Masa penyampain hadiah tadi masa runner-up( Roger) dipanggil ambil pinggat dia..pastu disuruh berucap.......dia tak boleh berucap.....dia menanggis......sedih pulak aku...tenggok dia...aku sian dia sebab satu masa dulu aku memang peminat dia.......sedih aku masa Rogger sebelum di naggis dia cakap ' ohh god it's killing me'..pastu dia mula menanggis..penonton beri sokongan..dan berikan tepukan gemuruh.....masa dia tak boleh berucap tu....Mc panggil Nadal ambil piala kemenangan...aku jeling kat tv tu tenggok muka Rogger masih menanggis... lepas ambil piala tu Nadal terus pergi ke Rogger lagakan kepala dia sambil peluk Rogger....Pastu si Rogger mula berucap dia puji Nadal dan ucapkan tahniah padanya....dan dia kata jumpa lagi tahun depan ..pastu si Nadal pun berucap dia puji Rogger sebagai pemain terbaik abad nie..Nie lah antara drama yang dapat aku tengok.....hari nie..sedih and gembira.....