Pages

Subscribe:

Monday, April 20, 2009

Sesuatu yang aku nak kongsi bersama

Susan Boyle has become a global sensation since her appearance on "Britain's Got Talent."
baca artikel utk detail http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2009/04/19/AR2009041900508.html?wprss=rss_metro

Tengok video nie..

Kagum aku tengok semangat makcik nie. Yang aku nampak keyakinan dia sgt tinggi dan sentiasa positif walauapapon keadaan .Aku dapat pengajaran dari video nie..jangan ler kita jadikan kekurangan pada kite untuk terus kita lemah .....dan tidak berdaya saing. Sebenarnya kita ada kelebihan masing dan potensi pada diri kita........kita yang kena terokai ,cari ,kenalpasti dan gilap pontensi diri baru akan berjaya dan nasihat nie ditujukan pada diri sendiri dan kengkawan.. yang kat luar tu kalau sebelum nie korang pernah menkategorikan, mempersendakan dan memperlekehkan orang lain yang pada mata korang nampak 'buruk' , 'wierd(aku pernah dpt gelaran nie satu masa dulu)'bodoh ker','lembab ker','tak reti buat kerja ker'..sebab nanti korang akan menyesal...andaikata kalau suatu hari nanti korang akan dikalahkan oleh orang yang pernah korang gelakan satu masa dahuli....hormatilah diorang....bimbinglah diorang...jgn pinggirkan diorang....setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing2...terima ler diorang seadanya...

Korang mesti nak tahu macamana aku boleh dapat title 'wierd' , mengimbau 10 tahun.....lepas ketika aku masih 'fresh.'...ada sorang mamat nie atau diorang nie bergroup...sampai sekarang aku tak pasti sapa dia....aku doakan dia bahagia dunia akhirat.......dia subscribe kat satu program kat internet mengunakan email student aku iaitu mailto:azm7727@phg.itm.edu.my masa daftar prog tu dia mengunakan nama 'mr weird'...setiap kali aku bukak email student aku....kalau ada latest news dari prog tu.....mesti bermula... macam nie ayat dia "hello mr weird terima kasih kerana mendaftar dengan kami..bla..bla....kami ada latest news .." aku tak anggap benda nie gurauan.......korang pernah tengok tak cerita org putih...cerita masa diorang kat high school.........mesti ada golongan popular macam ketua pasukan sorak, ketua pasukan football, golongan yang selalu menjadi golongan ditindas bahan gurauan macam golongan 'nerd', golongan 'freak' ,'weird' dan macam2 gelaran ikut sedap mulut diorang aku rasa korang dah faham apa yang aku cuba sampaikan..semoga mamat tu atau kumpulan dia sedar.....apa yang dibuat satu masa dahulu telah menguris perasan org lain....agaknya apa rasa diorang apabila anak diorang diejek.... dan dikategorikan org ......agaknya baru diorang rasa....apa yang aku rasa satu masa dulu...harap tak berlaku macam tu ler fikir-fikirkanlah
sekian

0 comments:

Post a Comment