Petua Melayan Suami
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka
menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri
akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami
angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur
sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau
diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang
dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf
dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai
keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan
cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang
menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung
sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai
dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang
janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu
hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu
hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan
melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau
rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya
akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6.
Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri.
Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah
kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu
lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut
butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh
supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa
kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas
atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit
sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat
menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan
barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu
sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi
kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9.
Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak
suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin
dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri
kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan
harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa
maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian
baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan
sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang
lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa.Sebenarnya
meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya
setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tetapi
kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami
berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan
berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan
isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga
merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12.
Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta
biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam
thermos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau bolehsediakan
kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut
kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan
ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
13.Hendaklah isteri sentiasa menghormati dan
memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya
dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang
bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah
kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap
tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi
menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.
2 months ago
0 comments:
Post a Comment