Pages

Subscribe:

Tuesday, June 26, 2012

Petua Untuk Menceriakan Diri Ke Pejabat


Petua Untuk Menceriakan Diri Ke Pejabat

1. Langkah kaki kanan untuk keluar rumah. Perbanyakkan selawat dan semat dalam hati anda berkerja mencari rezeki demi anak-anak, keluarga dan tanggungjawab. Pasti kerja yang bakal anda lakukan seharian akan mendapat berkat dariNYA. Rezeki akan sentiasa berpihak pada anda.
2. Pastikan hari pertama berkerja (hari Isnin) anda memakai pakaian yang boleh membuatkan anda berasa bersemangat untuk ke tempat berkerja. Pakailah pakaian yang bersederhana tetapi kemas dan sedap mata memandang. Jangan memakai pakaian yang kurang menyerlahkan keyakinan diri kerana ia akan membuatkan semangat anda berkerja akan luntur, malas atau kurang fokus pada kerja yang bakal di jalankan kelak.
3. Senyumlah pada orang yang rapat dengan semua orang di pejabat.
4. Cuba imbaskan kembali saat-saat percutian anda bersama anak-anak, keluarga di kampung, semasa majlis kenduri kahwin atau perkelahan. Pasti dalam banyak -banyak peristiwa yang dilalui akan ada satu dua kisah yang boleh membuatkan anda senyum atau tertawa sendiri.

0 comments:

Post a Comment