Pages

Subscribe:

Wednesday, June 13, 2012

Allah beri ujian pada kita sebabnya aper

Allah menurunkan ujian kepada kita ada sebabnya:

Pertama, untuk membezakan golongan yang ikhlas beriman atau berpura-pura beriman kepadaNya.

Kedua, untuk mengingatkan kita terhadap kekuasaan dan kebijaksanaanNya sebagai pencipta alam ini.

Dalam menghadapi ujiannya – juga dapat membezakan orang beriman dengan orang yang kufur.

Orang yang beriman, akan teringat akhirat, dan ujian Allah adalah sementara. Bahkan, lebih mencabar ujian-Nya makin kuat ibadahnya kepada Allah dengan penuh reda, insaf dan tawaduk.

Mereka ini akan bersabar, tenang, tabah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan cabaran yang diberikan Allah dalam keadaan bersenyum.

Bagi orang yang kufur pula, sebaliknya yang berlaku – mereka akan cepat berputus asa, menyalahkan takdir dan menjauhkan diri daripada seruan Allah. Malah, ada yang akan menyangka mereka tidak disayangi Allah sehingga melakukan perkara yang dilarang Allah.

Ingatlah, hidup ini sekadar ujian sementara. Senyum menghadapinya kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali sangka buruk pada-Nya.

0 comments:

Post a Comment