TERAPI AZAN
Setiap hari kita mendengar seruan azan. Paling tidak ialah lima (5)
kali sehari. Sejak seawal waktu Subuh dan yang terakhir untuk hari
berkenaan ia akan diserukan ketika masuk waktu Isyak. Kalimah-kalimah
azan ini sekiranya difahami betul-betul ia mengandungi nilai-nilai
ajaran agama yang tinggi. Selain ia menyeru berkaitan Tauhid iaitu
mengesakan Allah dan keimanan kepada Baginda Rasulullah S.A.W kalimah
azan juga mengajak supaya kita menuju dan mencari kejayaan. Yang
pastinya hikmah kalimah azan bukan sekadar itu sahaja. Allah tidak akan
membuat sesuatu itu dengan sia-sia.
Satu kajian yang di buat
oleh Dr. Azhar Sarip berkaitan seruan azan ini membawa satu penemuan
yang amat menarik. Dr Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak.
Beliau menegaskan;
“Saya mengambil
azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat
dunia dimulakan dengan azan. Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling
kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya,
kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh.
Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan air, tinggallah dia seorang diri
dihanyutkan ombak besar.”
Ketika itu barulah dia teringat pesan
emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai
azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa
hanyut hingga ke tengah-tengah Bandar Aceh, ujarnya.
Ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah Bandar Aceh, ujarnya.
0 comments:
Post a Comment