Pages

Subscribe:

Monday, November 26, 2012

Org yg baik bukan org yang tak pernah buat dosa

Orang yang baik bukanlah orang yang tak pernah melakukan kesalahan mahupun dosa.. Tapi orang yang baik, adalah orang yang sentiasa berusaha memperbaiki dirinya dari semasa ke semasa..Meskipun kamu terpalit dosa, usahlah berputus asa..♥

Sesungguhnya Allah menilai dirimu sedalam mana usaha kamu untuk kembali kepada-Nya serta berusaha memperbaiki dirimu di dunia.. Seandainya rebah, jangan berasa lemah.. Seandainya kalah, jangan sesekali untuk kembali mengalah. Bangkitlah semula kerana Allah, semoga bertemunya nanti dalam keredhaan Allah..♥

Petua Bersihkan Urin

Petua “Membersihkan” Air Kencing

Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan. Ini kerana, lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa. Semestinya ia baik untuk tubuh anda kerana kencing membuang toksik. Jika anda amalkan minum jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat

Petua Atasi Gemuruh

Petua Untuk Mengatasi Darah Gemuruh
atau Gementar

Perasaan gemuruh adalah perkara lazim terjadi kepada setiap orang apabila perasaan takut muncul. Perkara ini berlaku kerana kesan dari fisiologi badan yang bertindak secara automatik. Kesa

nnya adalah seperti berikut:

1. Kenaikan kadar glukosa dalam darah
2. Kenaikan kadar kortikostroid dan katekolamina dalam darah dan air kencing
3. Kenaikan kadar denyutan jantung
4. Kenaikan tekanan darah
5. Kekeringan pada bibir dan mulut
6. Pelebaran pupil
7. Kesukaran bernafas dan nafas turun naik dengan cepat.
8. Serangan sejuk dan panas
9. Rasa kaku dan kebas pada anggota badan
10. Peluh sejuk keluar daripada rongga kulit

Petua untuk mengatasinya ialah dengan cara berikut:

1. Pernafasan- lakukan pernafasan sehingga 30 kali iaitu pastikan nafas yang disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Bagi memastikan nafas disedut dalam-dalam, maka cuba gunakan tangan kanan pegang di bahagian dada dan tangan kiri di bahagian pusat. Jika kedua-dua tangan terasa bergerak, maka anda telah berjaya melakukannya.

2. Persediaan dan latihan amat diperlukan. Jika anda takut untuk berucap atau temuduga persediaan apa sahaja isi atau bahan berkenaan perlu dibuat. Selepas itu anda boleh berlatih seorang di hadapan cermin.

3. Pastikan anda tersenyum apabila berhadapan dengan penemuduga ataupun khalayak.

4. Jangan terlalu memikirkan mereka hanya memberikan tumpuan pada anda dan mengwujudkan sangkaan 2 negatif pada diri anda. Sebenarnya mereka lebih berminat supaya anda dapat sampaikan secara yang baik ikut kemampuan anda.

5. Tanyakan apakah perkara yang paling buruk akan terjadi jika anda melakukan persembahan dan anda akan brsedia terima apa sahaja. Apa yang penting anda akan baiki dari masa ke semasa.

6. Rasa gemuruh makin dilawan makin menjadi kesannya. Jadi anda perlu terima dalam keadaan tenang kerana ini cara badan anda untuk respon supaya anda dapat buat yang terbaik . Anggapkan rasa gemuruh sebagai 'kawan' dan bukanya lawan anda,. Dengan cara ini anda akan dapat mengawal perasaan tersebut dengan lebih mudah lagi.

7. Sematkan kata-kata positf dalam diri anda bahawa anda yakin anda pasti boleh melakukan. Lakukan berulang-ulang dengan penuh emosi dan percaya diri.

8.Hubungan mata sangat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkat keyakinan anda . Elakkan dari bercakap dengan keadaan yang menunduk dan juga tiada hubungan mata (eye contact).

9. Tumpukan pada isi yang hendak anda sampaikan dan bukannya menumpukan perasaan apa yang orang lain akan katakan pada anda. Jika tidak anda hanya akan wujudkan perasaan gelabah.

10. Gambaran minda yang berulang-ulang perlu dilakukan supaya anda menyampaikan mesej kepada minda bawah sedar anda. Bayangkan anda dapat melakukan perkara yang anda takuti dengan jayanya. Anda dapat laksanakan secara hebat dan orang lain berasa kagum pada anda. Kesannya apabila anda melakukan pada masa sebenar, kesan secara otomatis akan berlaku tanpa anda sedar.Lakukan juga saranan auto pada diri anda berulang kali. Rasakan kehebatan itu dan lakukan anchoring seperti petik jari , gengam tangan dan sebagainya bagi menandakan rasa hebat tersebut.

11. Teknik doa adalah paling berkesan seperti doa nabi Musa
Doa Nabi Musa AS:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; “Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; “Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, “Supaya mereka faham perkataanku; (Surah Taha : 25 -27)

Atau "Ya Allah ilhamkan daku kecerdasan dan lindungilah aku dari sifat jahat nafsuku."

12. Persedian mental ialah anda memang benar-benar seronok untuk melakukan perbuatan tersebut, jadi anda perlu sampaikan dengan rasa excited.

13. Katakan pada diri anda bahawa apa sahaja yang anda buat walaupun apa sahaja kesilapan anda sedia untuk menanggungnya atau reda terimanya. Cara ini menjadikan minda anda tidak tertekan dan rasa santai yang menyebabkan anda boleh melakukan dengan lebih baik dan lebih baik lagi.

14. Katakan berulang-ulang dengan diri saya suka jumpa dan bercakap dengan anda dan anda juga suka untuk berjumpa dan mendengar apa yang saya cakap.

Terapi Azan

TERAPI AZAN

Setiap hari kita mendengar seruan azan. Paling tidak ialah lima (5) kali sehari. Sejak seawal waktu Subuh dan yang terakhir untuk hari berkenaan ia akan diserukan ketika masuk waktu Isyak. Kalimah-kalimah azan ini sekiranya difahami betul-betul ia mengandungi nilai-nilai ajaran agama yang tinggi. Selain ia menyeru berkaitan Tauhid iaitu mengesakan Allah dan keimanan kepada Baginda Rasulullah S.A.W kalimah azan juga mengajak supaya kita menuju dan mencari kejayaan. Yang pastinya hikmah kalimah azan bukan sekadar itu sahaja. Allah tidak akan membuat sesuatu itu dengan sia-sia.

Satu kajian yang di buat oleh Dr. Azhar Sarip berkaitan seruan azan ini membawa satu penemuan yang amat menarik. Dr Azhar melihat azan dari sudut gelombang otak. Beliau menegaskan;
“Saya mengambil azan sebagai asas di dalam kehidupan kerana permulaan manusia melihat dunia dimulakan dengan azan. Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita yang memperlihatkan azan itu satu yang ajaib dan indah. Antaranya, kisah salah seorang mangsa yang terselamat dari bencana tsunami Acheh. Mangsa itu melihat ibunya dihanyutkan air, tinggallah dia seorang diri dihanyutkan ombak besar.”

Ketika itu barulah dia teringat pesan emaknya supaya melaungkan azan jika ditimpa musibah. Lantas selesai azan dilaungkan, dia sudah terdampar di atas kapal besar yang dibawa hanyut hingga ke tengah-tengah Bandar Aceh, ujarnya.

Thursday, November 22, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH
______________________________

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

p/s: silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan...insyaallah...

Monday, November 5, 2012

Diet diet diet

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)

3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 35 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu, anda boleh lihat hasilnya.

Sunday, November 4, 2012

Di saat kelahiran

1. Suami Berada Di Samping Isteri Ketika Saat-Saat Isteri Hendak Bersalin. suami harus banyak berdoa kepada Allah serta banyak beristighfar dan berselawat disamping membanyakkan bacaan surah Al-Insyiqa' dan surah Al-Hasyr.
2. Azan Di Telinga Kanan Dan Iqamah Di Telinga Kiri. supaya dijauhi anaknya dari gangguan syaitan dan supaya kalimah pertama yang dapat didengar oleh bayi ialah kalimah Allah
3. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas.Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
4. Membaca Surah Al-Insyirah Di Jari Manis Dan Ditahnikkan.Suami juga hendaklah membaca surah Al-Insyirah di jari manis kemudian mencelupkan jari manis ke dalam manisan (madu) dan ditekankan

(ditahnikkan) di langit-langit bayi tersebut dengan membaca ayat 36, surah Ali-Imran .Tahnik adalah bertujuan untuk memohon kepada Allah S.W.T. supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya".
5. Melaksanakan Tuntutan Sempena Hari Ketujuh.
Memberikan nama yang baik.Membaca Doa ketika memberikan nama anak.
Mengaqiqahkan anak.
6. Menyusukan Anak.
Demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu.

Thursday, November 1, 2012

Koleksi² nasihat utk muhasabah diri sendiri





































6 pack


Soalan: Boleh saya tahu macam mana nak dapatkan 6pack?




Jawapan: adik, nak dapatkan 6pack itu mudah sahaja. tapi jika ada lemak yang tebal dibahagian perut, 6 pack macam mana pun tidak akan nampak disebabkan diselaputi lemak yang tebal.

Sebab itu admin dah kata buat latihan perut banyak mana sekali pun 6pack tak akan muncul. apa yang penting kita singkarkan itu lemak dahulu.

Macam mana nak singkirkan lemak?

Kajian menunjukkan dengan meningkatkan aktiviti fizikal dan pengurangan kalori daripada diet yg diperlukan oleh badan mampu menyingkirkan lemak secara total.

cuma ia mengambil sedikit masa sahaja.

p/s; admin nak dapatkan 6pack pun ambik masa 2 tahun tau!