Pages

Subscribe:

Tuesday, July 19, 2011

Sukum36 2011 kat UTEM lalalalalla

PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT

MEMO

Kepada : Staf Pusat Teknologi Maklumat

Daripada : Rozaliza S. Md. Sood (Wakil Pihak Pengurusan PTM)

Tarikh : 20 Julai 2011 (Rabu)

Perkara : UCAPAN TAHNIAH KEPADA STAF PTM YANG MEWAKILI UNIVERSITI DIDALAM SUKUM KE-
36 TAHUN 2011 DI UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA

Saudara/ saudari,

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pihak Pengurusan Pusat Teknologi Maklumat dengan ini ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua staf PTM yang telah terlibat samaada secara langsung atau tidak dalam menjayakan dan mewakili Universiti sempena SUKUM ke 36 2011 yang berlangsung di UTEM baru-baru ini.

3. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama staf yang telah mewakili Universiti di dalam pelbagai acara seperti berikut :-

1) En. Abdul Rahman Adrin bin Mahat (Karom Lelaki)
2) En. Muhamad Azmi bin Ali (Boling Padang Lelaki)
3) Pn. Rozaliza binti Said Mohd Sood (Boling Padang Wanita)
4) Pn. Norikhwanisa binti Salamad (Bola Jaring Senior)
5) Cik Siti Aida binti Mujaini (Pengurus Bola Jaring Senior)
6) En. Izuddin bin Ismail (Bola Sepak Senior)

4. Sehubungan itu, pihak Pengurusan PTM juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada En. Muhamad Azmi bin Ali di atas kejayaan beliau mengondol pingat perak di dalam acara Boling Padang (fourth lelaki). Semoga terus memajukan sukan dan mengharumkan nama PTM dan Universiti. Sekian, terima kasih.

Sunday, April 4, 2010

Mmmmm dah lama tak masuk blog

salam semua....
dah lama aku tak update blog....sibuk dgn facebook je..rasa malas nak masuk sini......jumpa yana kat kantin tadi......dia kata ada org masih tengok blog..nie....mmmmm nak gelak aku.......sebab...semua tu cerita lama........

Tuesday, September 29, 2009

Gambar Raya 2009

Klik ler gambar kalau nak tengok besar-besar
Nie gambar raya..thn nie aku kat belakang....tak nampak sangat..yg pakai cermin mata hitam tu

Interview Jawatan Kanan

Esok khamis 1/10/09...aku dipanggil utk interview jawatan kanan...........berdebar-debar lah walaupon dah masuk kali ke 4 aku interview jawatan kanan................tapi meresah tak sudah-sudah........................rezeki ada kat mana-mana..........

Thursday, September 3, 2009

Gambar Koir masa Konvokesyen ke 8


Salam semua ....lama dah aku tak update blog nie..takder idea dan story........nie gambar budak2 koir masa konvokesyen ke 8 pada 8-10 Ogos baru-baru nie..

Sunday, June 28, 2009

Bulan Madu Di Kuching

Salam....hari isnin (29/6/09)..hari last aku kat kuching, aku masih kat hotel 360...........aku sampai tuari hari khamis 25/6/09 aku menginap kat hotel tune.com betol2 sebelah Hilton....and depan hotel tu waterfront...aku menginap kat situ sampai sabtu(27/6/09)....sabtu sampai isnin(hari nie) aku menginap lak kat 360 hotel....... mula2 aku taknak duduk hotel 360 sebab jauh dai waterfront lebih kurang 5 km........sebab aku dah tempah bulan3 tuhari so...dah bayar..nak taknak aku pergi jugak... pastu nasib aku bertambah baik lagi sebab masa aku tempah hotel 360 dulu sepatutnya aku booking 27/6/09 tapi org hotel tu ter key in 26/6/09......pastu bilik yg aku tempah tu dah takder....pastu diorang nak cover silap diorg diorang bagi kitaorg bilik Deluxe One Bedroom Apartment ......mak iiiieee terperanjat aku dapat bilik nie dah ler besar...ada macam2

32" LCD TV in lounge room
Safe
Tea / coffee making facilities
Hair dryer
Complimentary 2 bottles of mineral water
Kitchenette with* Microwave oven* Refrigerator* Gas-fired stove* Cooking utensils* Cutlery & pots
Wash room with shower & bath tub

kemudahan nie...semua kitaorang dapat termasuk internet 24 jam...mesin masuh auto..dgn mesin basuh cucian kering....

ok nanti kitaorg sambung..nak pergi sarapan keja

Tuesday, June 23, 2009

Video Akad Nikah

Nie video akad nikah aku........walaupon sekali akad.........tangan aku terketar-ketar....tak dapat control masa doa......