Pages

Subscribe:

Sunday, June 28, 2009

Bulan Madu Di Kuching

Salam....hari isnin (29/6/09)..hari last aku kat kuching, aku masih kat hotel 360...........aku sampai tuari hari khamis 25/6/09 aku menginap kat hotel tune.com betol2 sebelah Hilton....and depan hotel tu waterfront...aku menginap kat situ sampai sabtu(27/6/09)....sabtu sampai isnin(hari nie) aku menginap lak kat 360 hotel....... mula2 aku taknak duduk hotel 360 sebab jauh dai waterfront lebih kurang 5 km........sebab aku dah tempah bulan3 tuhari so...dah bayar..nak taknak aku pergi jugak... pastu nasib aku bertambah baik lagi sebab masa aku tempah hotel 360 dulu sepatutnya aku booking 27/6/09 tapi org hotel tu ter key in 26/6/09......pastu bilik yg aku tempah tu dah takder....pastu diorang nak cover silap diorg diorang bagi kitaorg bilik Deluxe One Bedroom Apartment ......mak iiiieee terperanjat aku dapat bilik nie dah ler besar...ada macam2

32" LCD TV in lounge room
Safe
Tea / coffee making facilities
Hair dryer
Complimentary 2 bottles of mineral water
Kitchenette with* Microwave oven* Refrigerator* Gas-fired stove* Cooking utensils* Cutlery & pots
Wash room with shower & bath tub

kemudahan nie...semua kitaorang dapat termasuk internet 24 jam...mesin masuh auto..dgn mesin basuh cucian kering....

ok nanti kitaorg sambung..nak pergi sarapan keja

Tuesday, June 23, 2009

Video Akad Nikah

Nie video akad nikah aku........walaupon sekali akad.........tangan aku terketar-ketar....tak dapat control masa doa......

Gambar Kahwin 5-7/6/09

Klik Utk Besarkan
Masa nikah 5/6/09........mmmmmm sekali akad je....huhukkk
Masa batalkan air sembahyang

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan, malam berinai

Masa kat rumah pengantin perempuan, malam berinai

Masa kat rumah pengantin lelaki

Masa kat rumah pengantin lelaki
Masa kat rumah pengantin lelaki
Salam semua nie gambar masa aku kahwin pada 5-7/6/09 tuhari....jgn gelakan sebab aku tak reti bergambar dan nampak kaku

Friday, June 19, 2009

Naik Kerja setelah cuti panjang

mmm salam semua.........lama jugak aku cuti kawin dari 31/5/09 - 10/6/09..........penat tul buat majlis kawin........sampai sekarang aku rasa penat..........orang rumah pulak dari majlis tuhari sampai sekarang deman.......nasib badan ler.....oklah nanti aku sambung...mungkin next post aku letak gambar bersanding aku kot....

Monday, May 18, 2009

Kad Jemputan Kahwin Aku & bunting

Klik utk besarkan bunting
Klik utk besarkan kad jemputan
Salam semua, hari nie aku dah mula edarkankan kad jemputan kahwin aku......utk budak opis aku je(ptm) aku dah edarkan 76 orang.....utk taman aku aku akan edarkan dalam 80 buah rumah.. utk bebudak luar dari opis aku aku tengah kira2 maybe dalam 100 orang.....fuhhh penat menulis nama orang kad sampul surat..Kepada kawan2 jemput ler datang

Sunday, May 10, 2009

Cuti Tahunan Aku


Klik gambar utk besarkan
Salam semua
Tadi saja2 aku check dalam sistem TCIS (Total Campus Integrated System).......tengok rekod cuti tahunan.....aku tengok kenapa banyak sangat baki cuti tahun 2009 nie ada 41 hari ..pelik aku..pastu aku tengok bahagian cuti layak 2009......30 hari......bila masa cuti layak aku 30 hari sebab sebelum nie cuti layak aku 25 hari.......aiseymen.......baru ler aku teringat tahun nie genap ler aku kerja 10 tahun.......so......cuti tahunan aku dinaikan dari 25 hari ke 30 hari.....jangan jeles..huhukkkk

Wednesday, May 6, 2009

Fakta Mengenai jalan raya yang aku guna

Fakta menarik berita Utusan 5/5/09 semalam

Tiap2 hari aku guna jalan nie, aku pernah jatuh motor..masa guna jalan nie.....nasib baik masa aku jatuh kat tengah jalan raya...belakang dan depan aku takder kenderaaan..belelas jugak kaki aku....cepat2 angkat motor..bawak ke tepi

Lebih 67,000 maut nahas

NUSAJAYA 4 Mei - Seramai 67,100 rakyat negara ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sejak 11 tahun lalu. Jumlah kematian tertinggi ialah pada tahun lalu iaitu melibatkan 6,527 orang manakala sepanjang Januari tahun ini saja, kematian yang dicatat ialah 598 kes. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kawasan kemalangan tertinggi ialah di Jalan Persekutuan sejauh 135.38 kilometer menghubungkan bandar Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang-Mersing. Menurutnya, di sepanjang laluan di Batu Pahat saja, 115 persimpangan utama, 10 kawasan perindustrian, 28 pejabat, institusi dan sekolah. ''Banci lalu lintas mendapati 59,992 kenderaan melalui jalan tersebut dalam tempoh 16 jam setiap hari. ''Sejak 2006, dalam setahun lebih 1,000 kemalangan dan jalan tersebut merupakan kawasan kemalangan nombor satu di negara ini,'' katanya. Beliau yang mengadakan rangka lawatan dan perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Kerja Raya negeri di sini hari ini berkata, pada musim perayaan iaitu ketika Ops Sikap, jalan itu merupakan kawasan kemalangan keempat tertinggi di negara ini. Katanya, sehingga April ini terdapat 366 kemalangan yang mengakibatkan tujuh maut berlaku di jalan berkenaan. Menurut Shaziman, hasil kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mendapati 48 peratus punca kemalangan berlaku disebabkan sikap pengguna sendiri. Selain itu, tambahnya, 42 peratus kemalangan disebabkan mekanikal kenderaan dan lapan peratus lagi disebabkan faktor jalan. ''Justeru, kementerian akan sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya diutamakan,'' katanya. Jelasnya, menerusi Program Keselamatan Jalan Raya 2009 (pakej rangsangan ekonomi fasa satu) tindakan diambil bagi menaik taraf jalan serta menambah papan tanda dan benteng tepi jalan bagi 100 kawasan hitam di seluruh negara.