Pages

Subscribe:

Saturday, February 2, 2013

Kemahiran Insaniah @ softskill aper yg anda tahu?


Aper yang anda tahu mengenai  kemahiran insaniah @ softskill.........yg aku faham kemahiran insaniah adalah kemahiran lain selain  kemahiran utama kita..kemahiran ini kita perolehi melalui latihan yang berterusan atau bakat sediada....

antara kemahiran insaniah yang aku ada..melalui bakat atau  latihan berterusan  demi menebus maruah yang tercalar adalah

dari 20 org staf sama gred dgn aku...hanya 2 org staf saja dah dah lepas exam ptk 2 kali dan matrik gaji pada aras P3,,,,,,,,,disebabkan  salah sorang staf tu dah naik pangkat....so akulah satu² nya staf yang matrik gaji pada gred  p3........boleh tahan hebat.....tapi aper kata org atasan........"aku tak nampaklah"

sukan...diam² tak diam aku dianugerahkan bakat dalam bidang sukan terutamanya badminton..dan boling padang...tapi yg paling menonjol boling padanglah ...antara  kejayaan aku adalah
 - sukan antara universiti kat unimap 2007  - perak
-  sukan antara universiti kat usm 2010 - gangsa
-  sukan antara inversiti kat utem 2011 - perak
-  sukan antara universiti uum 2012 - gangsa
-  maksaak( sukan badan agggota kerajaan) -perak
bukan senang nak dpt pinggat ramai  kawan kat pernah  bertahun-tahun mencuba tapi tak pernah dpt pinggat..tapi aku..penampilan dalam 4 kali sukan staf antara universiti...dapat bawa pulang 4 pinggat.........tapi  aper org atasan " sukan je ko kerja tak buatlah tu asyik turun training jer" statemet senggal dari diorg......harap korang mampos cepat sebab anti sukan

...aku jugak telah join koir universiti sejak 2006......koir ini biasanya dipersembahan masa konvokesyen..walaupon banyak  pandangan  sinis dan suara belakang yang mengutuk kitaorang tapi aku teruskan jugak pernah f52 jumpa aku lepas persembahan koir maser konvo dia cakap apasal tadi macam sumbang jer...tulah kata atasan.........

antara skill yang terbaru yag cuba aku asah adalah urutan refleksologi...aku ada attend kursus ini utk kegunaan sendiri jer..kalau wife sakit aku boleh urutkan...kalau aku aku sakit aku urutkan

skill lama aku...aku boleh baiki komputer ada jugak kawan² dan jiran² datang minta bantuan utk repair pc diorang..kalau aku rajin aku tolong..time aku malas......malaslah nak tolong ikut mode

skill yang lain..aku belajar jahitan......nak harapkan gaji ciput zaman sekarang.....jgn lah mengharap sangatlah semuanya mahal......better aku aku sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan aku sekeluarga..belajarlah walupon mahal ke murah ..hasil yg lebih baik dikemudian menanti......sekurangnya aku boleh bantu wife menjahit ringgankan beban dia

dalam komuniti  kat kawasan perumahan aku....aku adalah penolong setiausaha taman antara job yang aku buat adalah menyediakan minit mesyuarat setiap kali ada mensyuarat taman..mengedarkan memo yasinan dan aktiviti taman aku dah pegang jawatan ini sejak tahun 2006

aku jugak telah mendaftar sebagai  RELA sejak tahun 2010....ada card semua..hahahahaha..

penatlah aku promote kat sini..tapi apa kata atasan  " ha itu semua lakonan semata-mata"
ramai kawan² yg memberi motivasi kepada aku..diorang kata takper mie  REZEKI telah ditentukan" yap yg tu aku boleh terima....yg aku tak boleh terima jenis² manusia yg berterusan menzalimi org  dalam organisasi..jenis  org macam nie patutnya awal² dibakul sampah.....menjadi barah dalam organisasi......korang boleh mendabik dada sebab mememang jawatan tertinggi sekarang....dan tiada org berani melawan korang.....so jadilah  pemimpin bongkak dan sombong bodoh  dalam organisasi sampai mampus tetapi  tidak akan dihormati langsung oleh bawahan..dan jadi bahan maki hamum staf bahawan dan ..jadi bahan jenaka sepanjang zaman.......

sekian, terima kasih
hayati lirik lagu foveret aku nie hahahaha

nie satu lagi love foveret aku


 



Wednesday, January 30, 2013

Hasil dari kelas jahitan langsir

Hasil belajar kelas jahitan tempohari pada 27-29 Jan 2013 di Tmn Pinggiran Putra, Seri Kembangan, Selangor..berguru dengan cikgu rogayah ghazali


first time aku buat langsir......tangan keras tapi akhirnya jadi jugak walaupon agak kurang kemas..wife jahit langsir  yg atas utk 3 panel tingkap..aku jahit langsir bawah utk 2 panel tingkap..gambar ehsan dari web cikgu rogayah cikgu langsir


bertolak dari rumah ke bus stand batu pahat  naik bas rm 2.30  x 2 = rm4.60
bertolak dari batu pahat ke terminal bandar tasik selatan  rm20 x 2  = rm 40
dari bandar tasik selatan ke taman pinggiran putra naik teksi  rm33
menginap di hotel putra avenue  rm 80 x 2hari = rm 160
bertolak balik dari  taman pinggiran putra naik bus metro  ke terminal ktm serdang rm1 x 2 = rm 2
dari terminal ktm sedang ke terminal bandar tasik selatan   rm1 x 2 = rm 2
dari terminal bandar tasik selatan  ke bas stand batu pahat  naik bas rm20 x 2  = rm 40
 
kitaorg belajar 13 paten termasuk ler
1. loose scallop
2.boxpleat
3.eyelet
4.pelmet
5.boxpleat & butterfly
6.boxpleat & smocking
7.diamnond
8.goblet
9.triple pleat
10.double pleat
11.riben/bunga
12.heading (curtain tape,curtain tape+buckram, velcro tape)
13.cara mengira badan langsir
14.formula yang berguna dan tip²

Thursday, January 17, 2013

upgrade one phase to three phase electricity supply


Masa promosi tnb nie 16-17/1/2013...asal² nak tahu jer bukan nak masuk...last² tanya kat kaunter tnb menarik jugak promosinya.....sejak  wife guna mesin jahit industri dan elektrik steammer....bil elektrik kat rumah  2 bulan berturut-turut dalam rm200.....so..better pasang  three phase boleh jimatkan karen separuh.........masa promosi nie harga connection  charges nie sepatutnya rm300...tapi masa promo nie free jer.......kos utk pasang wiring adalah dalam rm800.........aku rasa still berpatutan harga tu.......ada jiran depan rumah dia buat three phase masa  belum promosi jumlah keseluruhan dia kena rm1700.00......jiran tu bil bulanannya jejak rm300 sebulan (aircond ada 3 ,ada yg pasang 24 jam) ke atas lepas pasang three phase nie bil beliau dalam lingkungan rm150.00.....takper modalkan dulu sejumlah wang....tapi dalama jangkamasa panjang kita akan lebih untung

Sunday, January 13, 2013

Plan Jalan² 2013

Cadangan plan

27-29/1/13 - ke sri kembangan jalan² sambil menuntut ilmu
21-23/2/13  - 3 hari 2 malam ke salang sayang beach resort tioman berjimba-jumba ( dah booking)
8-11/3/13     - ke kuching..jalan² ( dah booking ngan air asia)

salang beach resort tioman







inysallah berjalan lancar jika tiada aral

Thursday, January 3, 2013

ASB vs Koperasi Permodalan Felda ( KPF )

Sebagai anak FELDA aku agak bertuah sebab dapat melabur di KPF walaupun agak lambat membuka akaun pada  Oktober 2012 disebabkan tidak mendapat maklumat awal mengenainya....kenapa aku kata bertuah.........aku senaraikan dividen kpf sejak 1997-2011

1997 - 10.00 %
1998 - 11.00 %
1999 - 14.00 %
2000 - 12.00 %
2001 - 12.50 %
2002 - 11.50 %
2003 - 14.50 %
2004 - 14.00 %
2005 - 14.00 %
2006 - 15.00 %
2007 - 16.50 %
2008- 12.50 %
2009- 14.00 %
2010- 15.00 %
2011 - 18.00 %


Yang aku dengor yang banyak melabor kpf nie bukan peneroka dan penerokawati tapi staf  felda sebab diorang  yang tahu kelebihannya...macam mak ayah aku pon tahu tahu kelebihannya...tak pernah pon minta kitaorg adik  beradik join......sebab diorang lebih prefer ASB...pelikkan?

Bulan 3 2012....aku  mengambil langkah pertama ..aku ambik 7 borang  permohonan  kpf utk disi oleh adik beradik yang lain..hasilnya bulan 10/2012 semua adik beradik aku ada akaun kpf........dan mereka semua dah mula melabor dalam akaun..nie.........jumlah pelaburan utk keluarga(mak+ayah+akak+abg+adik) =max rm250k.....(kitaorg masuk sikit² setakat mampu jer)
masa baru² nie cuti xmas kan keluarkan iklan ASB buat pengumuman mengenail dividen tertinggi sejak 5 tahun lepas iaitu 8.9%....my mak cakap bertuah jiran sebelah rumah kita sebab labur  rm200k kat asb banyak dapat dividen.........aku cakap kat mak aku...mak kpf kita kan ada kenapa  diorang tak masuk kat situ kalau masuk kpf rm200k kompomler dividennya(18%) =  rm36k kalau masuk ASB(8.9%) = rm17.8k
.....tapi aku terangkan pada mak aku....mak aku masih tak faham sangat(dari mimik mukanya) ..pada dia ASB  jugak yang terbaik...sian my mak.......sian my ayah..... duduk felda tapi  diorang pon tak didedahkan dengan kpf......yang untung staf felda jugak....


Wednesday, January 2, 2013

Pilihan Kerjaya Wife

Sejak my wife memilih kerjaya sebagai tukang jahit sepenuh masa nie........banyak perancangan yang aku buat utk wife menambahkan ilmu dan skill dalam jahitan...sebenarnya wife pilih kerjaya nie last option sebab sebelum nie dah banyak  permohonan kerja di sektor kerajaan tapi tidak  bernasib baik...rasanya dah 3 kali dia isi form online kat UTHM(tempat aku kerjalah).....tak pernah kena panggil interview.......2  kali interview kat KEMAS jb....1 kali  dipanggil interview suruhanjaya perkhidmatan pelajaran(tak pergi ada hal masa tarikh tu).......semua  temuduga yg wife pergi tidak bernasib baik....takperlah rezeki ada di mana².........kita cuba bidang yang lain......jgn give ye wife

perancangan aku  dan wife

28-29/1/2013 - Pergi belajar 13 paten langsir terkini kat Sri Kembangan belajar dgn cikgu Rohayah Ghazali
14/1/2013      -  Belajar 13 paten tudung
  • 1. Ariani
    2. PearlHaya (Duo Awning)
    3. Abu Dhabi
    4. Hajaba
    5. Tudung 2 Layer
    6. Scallop/Putar
    7. Syria
    8. Jakarta
    9. Dezahra
    10. CT
    11. Ekin Kanak-Kanak 5-8 (9 tahun keatas berdasarkan pola ini)
    12. Syria Chiffon & Inner
  • + tudung 3 layer chiffon
  • + tudung 3 layer paten buckle/brooch
 Semoga perancagan kami berjalan lancar

Tranformasi Bos Baru

Alhamdulilah

Pejam celik mata dah masuk tahun 2013 dah...automatiknya sudah masuk 14 tahun aku berkhidmat dalam sektor badan berkanun.... Hujung tahun 2011 bos baru masuk dan dilantik dikalangan staf akademik  Dr bergred   DS52......berjawatan pengarah pejabat aku...mengantikan pengurus lama berjawatan F52.......dalam beberapa bulan nie banyak tranformasi yang dibuat oleh pengarah baru ini antaranya..............mengubah struktur pentadbiran lama kepada sistem pentadbiran baru yang lebih adil dan telus,apa yg dapat aku sampaikan kat sini pada pendapat aku..pentadbiran lama terlalu jumud dan sempit dan terlalu selesa dgn keadaan semasa....... 

bayangkan selama 13 tahun berkhidmat.....baru tahun ini buat pertama kalinya aku adalah penilai pertama kepada 3 org juruteknik dibawah seliaan aku utk tujuan SASARAN KERJA TAHUNAN(SKT) dan pada awal januari 2013 aku adalah penyokong cuti  kepada 4 orang staf( 3 org jurutknik dan seorang kerani) memang tak pernah² aku buat selama nie.....terima kasih pengurusan baru kerana memberi kepercayaan kepada aku dan  memberi semangat dan  mengembalilan maruah  kepada aku yang selamat ini hilang keyakinan  kerana tidak pernah  diberi peluang utk menonjolkan diri kerana dianggap sampah dan pembuat masalah oleh  pengurusan lama yg jumud (yg dikuasai oleh org bermasalah dan cepat sakit hati sebenarnya). jenis org kalau kita pernah bersilih pendapat dgn diorang satu masa dulu sampai kiamat pon dia ingat kita bermasalah dan tidak ada penambaikbaikan , kekal statik dan bermasalah

.kepada pengurusan lama kalau korang membaca blog aku....ada aku kisah... aper korang ingat nak bertahta kat pengurusan nie sampai sampai kiamat dgn buat kerja² jahat....korang merancang tapi tuhan pon merancang....well terima ler seadanyalah umor korang dah masuk lewat so berubah ler jangan nak menzalimi org bawahan korang......hari nie korang menzalimi staf bawahan korang..esok² maybe giliran keturunan ko mengalami nasib yang sama( aku tak doa) baru korang  nak menyesal maser tu sebab penah menzalimi orang dulu.....

Bersyukur aku pada perubahan ini semoga pengurusan baru akan nampak kecelaruan  yg dibuat pengurusan lama dan membetolkan sikit demi sedikit...agar tidak ada orang yang rasa dizalimi secara sedar dan tak sedar.