Pages

Subscribe:

Monday, May 18, 2009

Kad Jemputan Kahwin Aku & bunting

Klik utk besarkan bunting
Klik utk besarkan kad jemputan
Salam semua, hari nie aku dah mula edarkankan kad jemputan kahwin aku......utk budak opis aku je(ptm) aku dah edarkan 76 orang.....utk taman aku aku akan edarkan dalam 80 buah rumah.. utk bebudak luar dari opis aku aku tengah kira2 maybe dalam 100 orang.....fuhhh penat menulis nama orang kad sampul surat..Kepada kawan2 jemput ler datang

Sunday, May 10, 2009

Cuti Tahunan Aku


Klik gambar utk besarkan
Salam semua
Tadi saja2 aku check dalam sistem TCIS (Total Campus Integrated System).......tengok rekod cuti tahunan.....aku tengok kenapa banyak sangat baki cuti tahun 2009 nie ada 41 hari ..pelik aku..pastu aku tengok bahagian cuti layak 2009......30 hari......bila masa cuti layak aku 30 hari sebab sebelum nie cuti layak aku 25 hari.......aiseymen.......baru ler aku teringat tahun nie genap ler aku kerja 10 tahun.......so......cuti tahunan aku dinaikan dari 25 hari ke 30 hari.....jangan jeles..huhukkkk

Wednesday, May 6, 2009

Fakta Mengenai jalan raya yang aku guna

Fakta menarik berita Utusan 5/5/09 semalam

Tiap2 hari aku guna jalan nie, aku pernah jatuh motor..masa guna jalan nie.....nasib baik masa aku jatuh kat tengah jalan raya...belakang dan depan aku takder kenderaaan..belelas jugak kaki aku....cepat2 angkat motor..bawak ke tepi

Lebih 67,000 maut nahas

NUSAJAYA 4 Mei - Seramai 67,100 rakyat negara ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sejak 11 tahun lalu. Jumlah kematian tertinggi ialah pada tahun lalu iaitu melibatkan 6,527 orang manakala sepanjang Januari tahun ini saja, kematian yang dicatat ialah 598 kes. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kawasan kemalangan tertinggi ialah di Jalan Persekutuan sejauh 135.38 kilometer menghubungkan bandar Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang-Mersing. Menurutnya, di sepanjang laluan di Batu Pahat saja, 115 persimpangan utama, 10 kawasan perindustrian, 28 pejabat, institusi dan sekolah. ''Banci lalu lintas mendapati 59,992 kenderaan melalui jalan tersebut dalam tempoh 16 jam setiap hari. ''Sejak 2006, dalam setahun lebih 1,000 kemalangan dan jalan tersebut merupakan kawasan kemalangan nombor satu di negara ini,'' katanya. Beliau yang mengadakan rangka lawatan dan perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Kerja Raya negeri di sini hari ini berkata, pada musim perayaan iaitu ketika Ops Sikap, jalan itu merupakan kawasan kemalangan keempat tertinggi di negara ini. Katanya, sehingga April ini terdapat 366 kemalangan yang mengakibatkan tujuh maut berlaku di jalan berkenaan. Menurut Shaziman, hasil kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mendapati 48 peratus punca kemalangan berlaku disebabkan sikap pengguna sendiri. Selain itu, tambahnya, 42 peratus kemalangan disebabkan mekanikal kenderaan dan lapan peratus lagi disebabkan faktor jalan. ''Justeru, kementerian akan sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya diutamakan,'' katanya. Jelasnya, menerusi Program Keselamatan Jalan Raya 2009 (pakej rangsangan ekonomi fasa satu) tindakan diambil bagi menaik taraf jalan serta menambah papan tanda dan benteng tepi jalan bagi 100 kawasan hitam di seluruh negara.