Pages

Subscribe:

Tuesday, February 24, 2009

Gambar masa kursus Kat Intan Sabah

Bangunan Intan Sabah baru mula beroperasi pada Jan 2009. Semua serba baru. Dikelilingi hutan yang indah , jarak Intan dgn Airport 60 km lebih kurang 1 jam perjalanan dgn menaiki teksi dengan bayaran rm80.00. Jarak dari Bandar Kota Kinabalu pula lebih kurang 30km. Aku bertuah sebab aku adalah batch yang ke-11 menjalani kursus kat sini dan batch ke-2 utk kursus prog kewangan yang aku ikuti . So aku antara yang terawal berkursus kat sini. Makan memang best2 lebih sedap dari masa aku berkursus di Intan Sarawak

Pemandangan dari rumah staf bertentangan dengan bilik aku

Surau terapung memang cantik


Ni gambar tempat aku menginap dari luar , nama hostel nie Mersilau


Cantikan bilik aku. Macam hotel 4 bintang. No bilik aku Mersilau ( m108)

Bilik air yang cantik

Katil yang best dan selesa

Monday, February 23, 2009

Gambar-gambar Koir

klik utk paparan besar
Gambar diambil selepas kitaorang buat persembahan konvokesyen 2008
Gambar diambil selepas kitaorang buat persembahan konvokesyen 2007

Gambar diambil selepas kitaorang buat persembahan konvokesyen 2006

Gambar AJK Pelaksana ( aku AJK promosi dan publisiti) Pertandingan Lagu-lagu Patriotik 2007 IPTA & IPTS Sempena 50 Tahun Kemerdekaan kat Auditorium Parcel E, Putrajaya. Masa ni peringat saringan. Macam biasa pertandingan anjuran Majlis Kebudayaan Universiti(MAKUM), Kementerian Pengajian Tinggi dan UTHM

Gambar-gambar sukan

Gambar diambil masa sukan antara jabatan 2007 kat kompleks belia dan sukan negeri johor, larkin
Team fours UTHM dari kiri Saufi(third), Jimmie(lead),Suhaimi(Second lead) dan Zamri(skip)


Gambar nie diambil pada bulan 3/2007 masa mula2 aku belajar main boling padang kat Bayuemas Indoor Bowls Stadium , Klang budak lelaki baju merah dgn budak perempuan baju kuning putih tu adalah pelapis pemain kebangsaan sekarang. Masa tu kitaorang gi sini utk bengkel asas boling padang. Yang ajar kitaorang Cikgu Arifin( Jurulatih Kebangsaan) Masa kitaorang lawan budak-budak nie kitaorang kena titik je.Maklum ler baru belajar




Pertandingan menembak PELAPES thn 2006.Kitaorang dpt no.4 keseluruhan

Klik utk paparan lebih besar

Klik utk paparan lebih besar


Friday, February 20, 2009

gambar-gambar kursus

klik utk paparan lebih besar
ni masa kat INTAN SARAWAK

Gambar masa kursus kat INTAN Sabah semalam ..pembetulan sikit tarikh kat gambar tu sepatutnya 16-19/2/2009 bukan 16-19/2007 .Kesilapn teknikal kot

klik utk paparan lebih besar
ni masa kat INTAN Bukit Kiara

klik utk paparan lebih besar
Gambar masa INDUKSI


Nie antara koleksi gambar-gambar aku

Wednesday, February 18, 2009

Balik hari nie

salamm.. hari nie 19/2/09...aku balik ke semenanjung..sekarang kul 9.06 pagi aku masih berkursus..sekarang kat makmal komputer tengah buat homework yang intan bagi...sory sepanjang 4 hari kat sini aku tak sempat gie mana2 pasar filipino..pon aku......tak gi......malam aku tak....keluar mana2.....tidur..jelah........malam tadi tak dapat tidur sangat sebab anjing menyalak......kat depan bilik aku.......bising...tul..nak keluar ke kota kinabalu bas takder..teksi mahal rm80.00....bas nak kuar mesti ada 30 org lah pulak...............alahai nasib badan..........kul 1 nie aku bertolak ke airport kota kinabalu tumpang member sabah kat sini.....ok...keychain pon aku tak sempat beli sorry member2....

Tuesday, February 17, 2009

kursus

....hari nie aku kursus kat intan sabah..hari kedua..makan sedap2.....kursus pon seronok..nanti aku sambung kemudian.....ada latihan nak siapkan....

Saturday, February 14, 2009

Lapor perut aku

(klik gambar utk besarkan)
gambar sayur aku tanam sendiri belakang rumah kacang botal,lada dgn kangkung


Hari nie ahad (15/2/09)........aku bangun tidur kul 8.30 pagi..pastu kena siapkan kerja yang bos aku suruh siapkan seblumm aku gi kursus kat INTAN Sabah..kat pc aku kat rumah lah....alamak banyak lagi beb .....kerja tu..nak taknak aku kena siapkan jugak sebab esok pagi aku dah bertolal utk kursus......dari kul 10.00 pagi sampai dekat kul 1.tgh....baru kerja aku siap..lega hati....meninggalkan opis utk kursus dgn hampir semua kerja dah hampir siap.. bukan semualah siap tapi yang penting2 tu dah aku berjaya siapkan....... alamak perut aku laparlah pulak.....tengok kat peti sejuk tinggal ikan jaket sekerat(ekor je).......beras ada....sayur pulak takder..huhu aku gi belakang rumah nasib baik aku tanam sayur......ada jugak sayur yang boleh aku makan hasil aku tanam sendiri..walaupon sayur tu macam susah nak tumbuh mulanya..sebab aku tanam dalam pasu je....kekadang sayur2 yg aku tanam sendiri....tua ..dan busuk sebab aku tak ambil (jarang2 masak sendiri , beli kat kedai je)....aku dah pesan kat jejiran..ambil ler daripada membazir....apa org kataada jugak sumbangan dan bakti aku dengan jiran2 he..he..huhu.....sekarang utk menambahkan koleksi sayuran aku..aku dah tanam bendi 7 pokok....dgn kacang panjang 5 pasu......

Training Boling Padang

nie gambar semalam sabtu 13.2.09 aku ambil gambar student girls tengah training..terlupa pulak aku nak ambil gambar sendiri...


Semalam 14/2/09..aku gie main boling padang kat kompleks belia dan sukan negeri johor,larkin. sebelah stadium tan sri hassan yunnos...mak iiiii dah lama tak pengang bowl...........dekat setahun..aku main semalam semua terkucil..malu siut......pastu kitaorang bawak ramai student.....dekat 16 orang staf ada 4 org campur aku, mail pakguard, azahari juruteknik fptek, dan last sekali prof.dr.saparudin pensyarah fkmp..diorang nie semua org baru...baru hari tu first main dgn pegang bowl ..tapi aku tengok walaupon baru main..sesetengahnya memang ada bakat semulajadi.....kadang2diorang pulak lebih terror dari aku selaku 'player universiti' masuk bakul lagi..student pulak yang aku kenal 2 orang je budak lama yang lebihnya girl..baru semalam baru kenal apa tu boling padang..baru lah senang cerita budak mentah dalam lawn bowls..huhuhu
Masa kitorang datang semalam..nak training...2 rink(istilah dlm lawn bown maksudnya 2 lorong) green(nie satu lagi istilah lawn bowls maksud padang dia ler) staf UTM tengah traning sama...so diorang pakai rink 1 dan 2 ,kitaorang pakai rink 3-6 ( standard rink ada 6 je)...masa sampai sempat ler aku salam dgn diorang tanya kabar ,aku memang kenal diorang..mana mungkin aku lupa dgn diorang sebab.....masa sukan staf 2007 team uthm kalah dgn diorang ler(peringkat kumpulan)...team fours aku pon kalah dgn team fours diorang pastu semua ahli team fours dia ada semasa latihan.......sedih aku beb sebab team aku yang gi sukan staf 2007 aku sorang je yg datang utk gi latihan..team fours aku pulak si saufi dah nak gi sambung belajar gi UK.....kemungkinan aku lak masa berlangsungnya sukan antara staf 2009 kat universiti mlaaysia tereangganu(UMT)..aku punya majlis persandingan maybe terkena tarikh tu.......tinggal ler 2 orang je team fours aku si suhaimi dgn zamri... nak pendekan cerita tengah best training dalam kul 12 lebih sorang staf UTM nie datang kat aku dia nak mintak buat friendly dgn kitaorang...........aku gabra ler sebab team aku mana ada..yg ada team student je..akutak konfiden....aku pangil si najib(student lama terror main boling padang selalu wakil sarawak )..aku cakap jib..cari student lelaki.....sebab staf utm mintak friendly....last2 dapat buat 2 acara fours dan pairs... aku tak main sebab tak konfiden....last2 resultnnya team kitaorg kena belasah fours uthm kk utm 1-12, pairs uthm kk utm 3-15...malu pon ada sestengah student yang main tu cakap diorang main tak jadi sebab kena saiko......... biasa ler tu masa kau main dgn diorg dulu pon aku kena saiko...................tapi yang uniknya......team staf utm dgn uthm nie..apa korang nak tahu tak? sebab kitaorang nie berguru dgn jurulatih yang sama EnYassin jurulatih negeri Johor..menarikkan....walau apa-apa pon kita musuh masa bertanding masa kat luar kita kawan....'Happy bowls'-istilah lawn bowls lepas habis main

Friday, February 13, 2009

Serba salah aku antara tenpin boling dgn boling padang

Esok Sabtu(14/2/09).......ada Pertandingan Boling Muhibah PENTAS 2009 (Pentas tu adalah persatuan gred A dan gred B ) dengan staf Bank Rakyat Yong Peng.........tiada bayaran free..lagi..aku dah seronok nak pergi....layan beb dah lama tak main..pastu pulak masalah bermula pada hari semalam..apabila geng team boling padang call.....dia kata esok pagi juga ada latihan boling padang kat kompleks belia dan sukan negeri johor..larkin..aiseymen......boling padang best jugak.....lagi dah lama tak main........................fikir2 punya fikir aku pilih boling padang sebab....sukan nielah aku paling terror berbanding tenpin boling masuk longkang je....walaupon pada tahun 2007 dalam persahabatan yang sama antara PENTAS dgn Bank Rakyat team kitaorang(aku,ciken,onn,jack) menang no.3 dan dapat hadiah harapkan ciken dgn jack je dpt markah sebab diorang tiap2 minggu turun main boling, tapi kenangan bersama boling paang lebih bermakna....lebih banyak kegembiraan dan keseronokan....esok pagi kul 7.00 kena tunggu kat UTHM ada bas ambil........seronoknya.....

Kursus INTAN Sabah

.....hari nie(13/2/09) aku dapat tawaran bengkel kehilangan,pelupusan dan hapuskira(16/2/09-19/2/09) kat INTAN Sabah aku apply kursus nie pada 5/1/09,minggu lepas hari jumaat..baru INTAN reply dia kata permohonan aku lulus........aku kena mendaftar pada 17/2/09 kul 8 pagi kat Bilik Chendana5 Kampus INTAN Sabah.....tapi aku kena sampai kat sana pada 16/2/09 jam 3 ptg- 9mlm......Hari nie(13/2/09) kelam kabut aku sebab baru nak ambil surat kelulusan kursus dari pejabat pendaftar, pastu baru nak tempah tiket kapal terbang, pastu baru nak tempah driver( utk hantar dari UTHM ke Senai) ..yg aku sikit marah...surat kelulusan aku kerani pejabat pendaftar perap ...tu yang jadi kelam kabut....aku pulak kena gi pej pendaftar..mintak surat kelulusan kursus..tempah tiket flight sendiri...semua kena buat sendiri..kalau aku takder inisiatif sendiri..maybe aku telepas gi kursus nie ....nasib baik aku bertindak sendiri dgn cepat........mak oiiii kelamkabut beb.....tiket dapat tapi sebab last minit punya pasal....jadual tiketnya pon hampeh...kena bertolak flight dari senai pada 16/2/09 kul 8.40 pagi..pastu kena transit ke KLIA....pastu dari KLIA bertolak ke Kota Kinabalu kul 3.40 ptg...sampai KK mungkin kul 6 kot.... melahu ler aku kat KLIA berjam-jam....................takper takper yang penting dapat gi kursus ke sana..huhu..

Wednesday, February 4, 2009

Jumpa Kawan Lama

Pada 22/1/09 aku dengan member2 shopping kat carefour Bp...............cari barang sikit2 lagi pon tengah sale..............masa aku tengah cari barang kat seksyen elektronik..bahagian tv.....masa kau tengah aku khusyuk pilih tv........dari jauh aku macam kenal mamat nie..masa tu dia dengan pasangan dia......aku usha je mamat tu....masa mamat tu dah dekat dengan aku......aku makin kenal.....tapi aku lupa nama dia.....bila je mamat tu melintas kat mamat tu..aku terus pergi kat tempat dia..dan bersalam." Ni Parjo kan" aku tanya..mamat tu tanya...balik " sapa ek "..... aku lah azmi....pastu dia terus buat muka 'blur' alah akulah " t_w_ _" aku sebut nickname aku masa belajar kat Jengka dulu......"oh ko"... parjo kata " dah gemok ko ek"...sabar je aku...padahal aku dah berjaya kuruskan badan aku sikit..huhuhu...masa kau borak dgn dia 'awek' dia terus pergi tempat lain..aku sempat tanya....sapa tu..dia kata awek dia....dia kata dia akan berkahwinan bulan3 nie......awek dia tu sebaya dgn..pas borak sekejap dia pon blah..tulah antara yang sempat aku borak dia dia dlm pertemuan yang singkat..tu......esoknya aku baru teringat nama dia..setelah aku fikir2..nama dia Norazlin Daim... setelah 10 tahun aku jumpa dia.....sama je...tak nampak banyak perubahan..oklah...

Sunday, February 1, 2009

Aku Suka Menyelam

Gambar nie diambil pakai kemera dalam air krew UCiTV UTHM

Pada 2-4/1/09 kitaorang lepak kat Puteri Pacific Hotel,Johor Bharu 3 hari 2 malam....nie bukan bercuti santai2....kitaorang bekerja ler...aku dilantik sebagai urusetia AJK Cenderahati Dan Buku program di Majlis Anugerah Seni Makum 2008 ( Majlis Kebudayaan Universiti).. anjuran MAKUM,UTHM dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia..sambil buat kerja ada masa terluang aku terjun kolam......aku ada kebolehan dan minat....aku suka menyelam bukak mata...selama lebih kurang 30-35 saat dalam air..maklum ler dulu masa bebudak duduk FELDA time cuti sekolah sungai ler aku cari.........biasanya kitorg berluma sapa menyelam paling lama...so sampai sekarang le kebolehan tu ada pada aku....aku boleh berenang and aku paling power berenang anjing..tiru macam anjing berenang.. he he huhu....Nak tenggok apa yang ada masa Majlis Anugerah Seni Makum 2008 klik link nie Majlis http://ucitv2.uthm.edu.my/streaming.php?media=ondemand&id=ec1a1a5bbfe2937c2abbf8269add3df6
selamat menoton

Hobi Di Masa Lapang


Nie hobi aku sekarang...hari sabtu ahad cuti kerja..boring2..aku tanam sayur...ada kangkung,bendi ,kacang botol.....pokok kari,pokok pandan.pokok limau....aku tanam kecil-kecilan je..maklum ler rumah taman mana ada tanah..tanam dalam pasu je..... nie sayur aku tanam dah 2 minggu tapi tak naik2..baja dah(kompos taik ayam) tanah yang aku beli tanah terbaik 5 dalam 1 Gardener tanah organik semulajadi.....pelik pelik...tak cukup cahaya matahari kot sebab aku letak kat belakang rumah..aku dah lama minat bertani nie sebenarnya.....masa masuk tingkatan1 dulu aku masuk kelas pertanian dari tingkatan1- tingkatan 3......buat landskap....tanam kangkung dan lain2.....dah biasa buat...masa PMR aku naik pentas sebab aku adalah pelajar terbaik pertanian..he..he..

Majlis Nikah Aku

Tahun baru cina tuhari......kitaorang satu family pergi tenggaroh berbincang pasal tarikh nikah dah majlis persandingan..hasil perbincandan dengan pihak sana..keputusanya ..nikah 10/5/09..majlis perempuan 31/5/09 dan majlis rumah lelaki 7/6/09......tak tahu ler kalau ada apa-apa perubahan

Buku-Buku yang aku beli

Nie adalah koleksi buku2 yang aku beli dan orang bagi setakat nie.Aku mula buat koleksi buku start tahun 2004..masa aku kumpul nota2 utk ambil PTK..antara buku2 tersebut adalah

  1. Budaya kerja cemerlang - Noraini Ahmad
  2. Soal jawap remeh temeh tentang Nikah kahwin -Us Mohammad Nidzam Abdul Kadir
  3. Himpunan Solat Sunat Keutaman Dan Doa - Ahmad Muhamad
  4. Berjaya Dalam Kerjaya - Theresa Ong
  5. Mengurus Stres - Mohd Taib Dora , Hamdan Abd Kadir
  6. Anakku Sayang - Cr. Hj. Hushim Hj. Salleh, Ida Hartina Ahmed Tharbe
  7. Pengaturcaraan Web Hypertext Preprocessor - Mohd Shahizan Othman
  8. Komunikasi Berkesan Hubungan Interpersonal(INTAN) -Maimunah Osman
  9. Kemurungan Punca Dan Rawatan - Mohd Hussain Habil,Ahmad Hatim Sulaiman
  10. Pengucapan Awam Dan Kemahiran Persembahan- Kulwindr Kaur Sidhu
  11. Setengah Berisi Setengah Kosong - Parlindungan Marpaung
  12. Kejayaan Dari Dalam - Ainon Mohd
  13. Psikologi Perkahwinan & Keluarga - Ida Hartina Ahmed Tharbe, Hj. Hushim Hj. Salleh
  14. Mutiara Ilmu Hidup Sihat Sejahtera- Noordin Darus
  15. Himpunan Doa-doa Pilihan- Prof.Dato'Dr Haron Din, Ust. Ishak Din
  16. Panduan 10 Minit Macromedia Flash 5 - Joe Sullivan
  17. Pernilaian Tahap Kecekapan Kompentensi Umum -
  18. PHP & MSQL Asas dan Pertengahan - Muhamad Rais Abd Halim
  19. Amalan Surah-surah Pilihan - Haji Johari Haji Alias
  20. Ungkapan Bestari Adab,ilmu dan kecemerlangan - INTAN

Taklah nak sampai jadi ulat buku.....sesaja untuk menambahkan ilmu di dada

Basikal Aku


Basikal..mm.........aku baru beli basikal model Progear Shimano. Basikal nie mulanya di beli kawan aku Si Mahadzer pada tahun 2005 kat Renggit ..tempat orang asli jual barang murah2 tu,dengan harga rm400. Pastu basikal tu berpindah tangan kat member serumah aku Si Nasar,basikal nie jarang2 dipakai..banyak dah karat..tayar selalu kempis.....member serumah aku si Nasar tu bulan 6 nie futher study ambil Master kat UTM....so aku tanya dia aku nak beli basikal nie..... mula2 dia kata nanti dulu......minggu lepas dia kata ..kalau ko nak aku jual rm200..aku terus setuju...sewa rumah bulan jan dan feb nie dia takyah bayar....sebab aku tebus basikal nie dgn bayaran sewa rumah..basikal jenama Progear ada jenama jugak harga dia aku tengok kat web cecah jugak Australia Dollar 200-300 ..kalau tak caya tengok web nie http://www.progears.net/

Australia Open

Menang
An emotional Roger Federer after his loss to Rafael Nadal in the 2009 Australian Open men's final.

Rogger(World No.2)


Nadal(Word No.1)

Nak cerita sikit pasal Australia Open Grand Slam of Asia/Pacific yang baru habis kul 10.oo mlm tadi(1/2/09)...aku start menonton kat channel star sport dati pukul 5.00 ptg tadi and habis menonton kul 10.00 mlm.........final antara Rafael Nadal(world no.1) dan Rogger Federer(No.2)..masa perlawanan 4 jam 23 minit....dan telah dimenangi leh Nadal dengan keputusan

7-5, 6-3, 7-6 , 6-3,6-2...Si Roger nak memecahkan rekod Pete Sampres memenangi Grand Slam ke 14 kalinya...and si Nadal nak memenangi Grand Slam pertamanya kat gelanggang keras dan menjadi pemain Sepanyol pertama menang Australia Open .Ulasan yang diberi oleh semua orang (otai-otai tennis)kebanyakan mahu Rogger menang malam nie......Si Nadal nie jadi 'Under Dog ' kurang yang menjangkakan dia akan menang..maknanya orang beri harapan sikit je sebab masa dia main separuh akhir dia kalahkan rakan senegaranya Fernando Verdasco 5 set....dalam masa 5 jam 14 minit,rekod perlawanan paling lama dalam sejarah Australia Open setakat nie 6-7,6-4,7-6,6-7,6-4.Manakala lak si Rogger kalahkan Andy Roddick 3 set je 2-6,7-5,7-5 dan masa rehat sebelum final ada masa 2 hari..jadi masa rehat si Rogger nie panjang ler berbanding Nadal sehari je rehat sebelum final..Orang kata Nadal akan kalah sebab keletihan..belum sempat recover penat...

Aku nie dulu peminat Rogger.......2,3 tahun lepas ,dia jadi player no 1...sejak 2004......pastu dia asyik menang je..aku bosan lah pulak....tahta no.1 dia dirampas oleh Nadal pada tahun 2008,masa Wimbledon Championship 2008, Roger kalah dalam masa 4 jam 48 minit kalau tak salah aku 4-6,4-6,7-6,7-6,7-9 ,Si Nadal asalnya nie terror kat gelaggang tanah liat je selalu menang kat surface nie je..sampai di gelar King of clay...yang menyebab aku mula minat Nadal nie sebab gayanya ...dia suka menjeling oppenent dia..ada class...siut

Masa penyampain hadiah tadi masa runner-up( Roger) dipanggil ambil pinggat dia..pastu disuruh berucap.......dia tak boleh berucap.....dia menanggis......sedih pulak aku...tenggok dia...aku sian dia sebab satu masa dulu aku memang peminat dia.......sedih aku masa Rogger sebelum di naggis dia cakap ' ohh god it's killing me'..pastu dia mula menanggis..penonton beri sokongan..dan berikan tepukan gemuruh.....masa dia tak boleh berucap tu....Mc panggil Nadal ambil piala kemenangan...aku jeling kat tv tu tenggok muka Rogger masih menanggis... lepas ambil piala tu Nadal terus pergi ke Rogger lagakan kepala dia sambil peluk Rogger....Pastu si Rogger mula berucap dia puji Nadal dan ucapkan tahniah padanya....dan dia kata jumpa lagi tahun depan ..pastu si Nadal pun berucap dia puji Rogger sebagai pemain terbaik abad nie..Nie lah antara drama yang dapat aku tengok.....hari nie..sedih and gembira.....