Pages

Subscribe:

Tuesday, September 29, 2009

Gambar Raya 2009

Klik ler gambar kalau nak tengok besar-besar
Nie gambar raya..thn nie aku kat belakang....tak nampak sangat..yg pakai cermin mata hitam tu

Interview Jawatan Kanan

Esok khamis 1/10/09...aku dipanggil utk interview jawatan kanan...........berdebar-debar lah walaupon dah masuk kali ke 4 aku interview jawatan kanan................tapi meresah tak sudah-sudah........................rezeki ada kat mana-mana..........

Thursday, September 3, 2009

Gambar Koir masa Konvokesyen ke 8


Salam semua ....lama dah aku tak update blog nie..takder idea dan story........nie gambar budak2 koir masa konvokesyen ke 8 pada 8-10 Ogos baru-baru nie..

Sunday, June 28, 2009

Bulan Madu Di Kuching

Salam....hari isnin (29/6/09)..hari last aku kat kuching, aku masih kat hotel 360...........aku sampai tuari hari khamis 25/6/09 aku menginap kat hotel tune.com betol2 sebelah Hilton....and depan hotel tu waterfront...aku menginap kat situ sampai sabtu(27/6/09)....sabtu sampai isnin(hari nie) aku menginap lak kat 360 hotel....... mula2 aku taknak duduk hotel 360 sebab jauh dai waterfront lebih kurang 5 km........sebab aku dah tempah bulan3 tuhari so...dah bayar..nak taknak aku pergi jugak... pastu nasib aku bertambah baik lagi sebab masa aku tempah hotel 360 dulu sepatutnya aku booking 27/6/09 tapi org hotel tu ter key in 26/6/09......pastu bilik yg aku tempah tu dah takder....pastu diorang nak cover silap diorg diorang bagi kitaorg bilik Deluxe One Bedroom Apartment ......mak iiiieee terperanjat aku dapat bilik nie dah ler besar...ada macam2

32" LCD TV in lounge room
Safe
Tea / coffee making facilities
Hair dryer
Complimentary 2 bottles of mineral water
Kitchenette with* Microwave oven* Refrigerator* Gas-fired stove* Cooking utensils* Cutlery & pots
Wash room with shower & bath tub

kemudahan nie...semua kitaorang dapat termasuk internet 24 jam...mesin masuh auto..dgn mesin basuh cucian kering....

ok nanti kitaorg sambung..nak pergi sarapan keja

Tuesday, June 23, 2009

Video Akad Nikah

Nie video akad nikah aku........walaupon sekali akad.........tangan aku terketar-ketar....tak dapat control masa doa......

Gambar Kahwin 5-7/6/09

Klik Utk Besarkan
Masa nikah 5/6/09........mmmmmm sekali akad je....huhukkk
Masa batalkan air sembahyang

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan

Masa kat rumah pengantin perempuan, malam berinai

Masa kat rumah pengantin perempuan, malam berinai

Masa kat rumah pengantin lelaki

Masa kat rumah pengantin lelaki
Masa kat rumah pengantin lelaki
Salam semua nie gambar masa aku kahwin pada 5-7/6/09 tuhari....jgn gelakan sebab aku tak reti bergambar dan nampak kaku

Friday, June 19, 2009

Naik Kerja setelah cuti panjang

mmm salam semua.........lama jugak aku cuti kawin dari 31/5/09 - 10/6/09..........penat tul buat majlis kawin........sampai sekarang aku rasa penat..........orang rumah pulak dari majlis tuhari sampai sekarang deman.......nasib badan ler.....oklah nanti aku sambung...mungkin next post aku letak gambar bersanding aku kot....

Monday, May 18, 2009

Kad Jemputan Kahwin Aku & bunting

Klik utk besarkan bunting
Klik utk besarkan kad jemputan
Salam semua, hari nie aku dah mula edarkankan kad jemputan kahwin aku......utk budak opis aku je(ptm) aku dah edarkan 76 orang.....utk taman aku aku akan edarkan dalam 80 buah rumah.. utk bebudak luar dari opis aku aku tengah kira2 maybe dalam 100 orang.....fuhhh penat menulis nama orang kad sampul surat..Kepada kawan2 jemput ler datang

Sunday, May 10, 2009

Cuti Tahunan Aku


Klik gambar utk besarkan
Salam semua
Tadi saja2 aku check dalam sistem TCIS (Total Campus Integrated System).......tengok rekod cuti tahunan.....aku tengok kenapa banyak sangat baki cuti tahun 2009 nie ada 41 hari ..pelik aku..pastu aku tengok bahagian cuti layak 2009......30 hari......bila masa cuti layak aku 30 hari sebab sebelum nie cuti layak aku 25 hari.......aiseymen.......baru ler aku teringat tahun nie genap ler aku kerja 10 tahun.......so......cuti tahunan aku dinaikan dari 25 hari ke 30 hari.....jangan jeles..huhukkkk

Wednesday, May 6, 2009

Fakta Mengenai jalan raya yang aku guna

Fakta menarik berita Utusan 5/5/09 semalam

Tiap2 hari aku guna jalan nie, aku pernah jatuh motor..masa guna jalan nie.....nasib baik masa aku jatuh kat tengah jalan raya...belakang dan depan aku takder kenderaaan..belelas jugak kaki aku....cepat2 angkat motor..bawak ke tepi

Lebih 67,000 maut nahas

NUSAJAYA 4 Mei - Seramai 67,100 rakyat negara ini meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sejak 11 tahun lalu. Jumlah kematian tertinggi ialah pada tahun lalu iaitu melibatkan 6,527 orang manakala sepanjang Januari tahun ini saja, kematian yang dicatat ialah 598 kes. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kawasan kemalangan tertinggi ialah di Jalan Persekutuan sejauh 135.38 kilometer menghubungkan bandar Batu Pahat-Ayer Hitam-Kluang-Mersing. Menurutnya, di sepanjang laluan di Batu Pahat saja, 115 persimpangan utama, 10 kawasan perindustrian, 28 pejabat, institusi dan sekolah. ''Banci lalu lintas mendapati 59,992 kenderaan melalui jalan tersebut dalam tempoh 16 jam setiap hari. ''Sejak 2006, dalam setahun lebih 1,000 kemalangan dan jalan tersebut merupakan kawasan kemalangan nombor satu di negara ini,'' katanya. Beliau yang mengadakan rangka lawatan dan perjumpaan dengan kakitangan Jabatan Kerja Raya negeri di sini hari ini berkata, pada musim perayaan iaitu ketika Ops Sikap, jalan itu merupakan kawasan kemalangan keempat tertinggi di negara ini. Katanya, sehingga April ini terdapat 366 kemalangan yang mengakibatkan tujuh maut berlaku di jalan berkenaan. Menurut Shaziman, hasil kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) mendapati 48 peratus punca kemalangan berlaku disebabkan sikap pengguna sendiri. Selain itu, tambahnya, 42 peratus kemalangan disebabkan mekanikal kenderaan dan lapan peratus lagi disebabkan faktor jalan. ''Justeru, kementerian akan sentiasa berusaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya diutamakan,'' katanya. Jelasnya, menerusi Program Keselamatan Jalan Raya 2009 (pakej rangsangan ekonomi fasa satu) tindakan diambil bagi menaik taraf jalan serta menambah papan tanda dan benteng tepi jalan bagi 100 kawasan hitam di seluruh negara.

Tuesday, April 21, 2009

Budak CS10 Jengka yang kerja kat sini


Nama: Saeimah Bte Othong
No.Pekerja : 00317
Tarikhh Masuk Kerja :1/11/99
Post: Programmer
Batch:Dis 1995


Nama: Muhamad Azmi Bin Ali
No.Pekerja : 00320
Tarikhh Masuk Kerja :1/11/99
Post: Programmer
Batch:Jun 1996


Nama: Aelyana Bte Abd Jalil
No.Pekerja : 00517
Tarikhh Masuk Kerja :1/8/2001
Post: Programmer
Batch:Dis 1996

Nama: Md Rithauddin Bin Yatni
No.Pekerja : 00587
Tarikhh Masuk Kerja :1/10/2001
Post: Programmer
Batch:Jun 1994


Nama: Fariza Bte Sudin
No.Pekerja : 01014
Tarikhh Masuk Kerja :1/11/2003
Post: Programmer
Batch:Dis 1996


Nama: Zubaile Bin Abdullah
No.Pekerja : 01154
Tarikhh Masuk Kerja :15/1/2004
Post: Pensyarah
Batch:Jun 1996


Nama: Syed Mohammad Firus B.Syed Abd Aziz
No.Pekerja : 01924
Tarikhh Masuk Kerja :6/10/2008
Post: Penolong Pendaftar/Peg.Tadbir
Batch:Jun 1996

Monday, April 20, 2009

Sesuatu yang aku nak kongsi bersama

Susan Boyle has become a global sensation since her appearance on "Britain's Got Talent."
baca artikel utk detail http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2009/04/19/AR2009041900508.html?wprss=rss_metro

Tengok video nie..

Kagum aku tengok semangat makcik nie. Yang aku nampak keyakinan dia sgt tinggi dan sentiasa positif walauapapon keadaan .Aku dapat pengajaran dari video nie..jangan ler kita jadikan kekurangan pada kite untuk terus kita lemah .....dan tidak berdaya saing. Sebenarnya kita ada kelebihan masing dan potensi pada diri kita........kita yang kena terokai ,cari ,kenalpasti dan gilap pontensi diri baru akan berjaya dan nasihat nie ditujukan pada diri sendiri dan kengkawan.. yang kat luar tu kalau sebelum nie korang pernah menkategorikan, mempersendakan dan memperlekehkan orang lain yang pada mata korang nampak 'buruk' , 'wierd(aku pernah dpt gelaran nie satu masa dulu)'bodoh ker','lembab ker','tak reti buat kerja ker'..sebab nanti korang akan menyesal...andaikata kalau suatu hari nanti korang akan dikalahkan oleh orang yang pernah korang gelakan satu masa dahuli....hormatilah diorang....bimbinglah diorang...jgn pinggirkan diorang....setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing2...terima ler diorang seadanya...

Korang mesti nak tahu macamana aku boleh dapat title 'wierd' , mengimbau 10 tahun.....lepas ketika aku masih 'fresh.'...ada sorang mamat nie atau diorang nie bergroup...sampai sekarang aku tak pasti sapa dia....aku doakan dia bahagia dunia akhirat.......dia subscribe kat satu program kat internet mengunakan email student aku iaitu mailto:azm7727@phg.itm.edu.my masa daftar prog tu dia mengunakan nama 'mr weird'...setiap kali aku bukak email student aku....kalau ada latest news dari prog tu.....mesti bermula... macam nie ayat dia "hello mr weird terima kasih kerana mendaftar dengan kami..bla..bla....kami ada latest news .." aku tak anggap benda nie gurauan.......korang pernah tengok tak cerita org putih...cerita masa diorang kat high school.........mesti ada golongan popular macam ketua pasukan sorak, ketua pasukan football, golongan yang selalu menjadi golongan ditindas bahan gurauan macam golongan 'nerd', golongan 'freak' ,'weird' dan macam2 gelaran ikut sedap mulut diorang aku rasa korang dah faham apa yang aku cuba sampaikan..semoga mamat tu atau kumpulan dia sedar.....apa yang dibuat satu masa dahulu telah menguris perasan org lain....agaknya apa rasa diorang apabila anak diorang diejek.... dan dikategorikan org ......agaknya baru diorang rasa....apa yang aku rasa satu masa dulu...harap tak berlaku macam tu ler fikir-fikirkanlah
sekian

Thursday, April 16, 2009

Menjawap PTK khusus semalam

semalam 16/4/09....tk2 khusus.....................40 soalan objektif...............ingatkan boleh score....sebab ada ura2 ada mengatakan ptk yang sekarang nie berasaskan exam kali nie adalah ptk yang terakhir sebelum digantikan dengan ptk berasaskan latihan dan kursus........diorang kata rugi kalau tak ambil ptk last nie maybe soalan mudah..kot....................soalan 1- soalan 10 aku tak boleh nak menjawap sebab soalan network ......susah giler pastu soalan aneka pilihan.....aku hold dulu soalan tu....aku jawap soalan lain...berkaitan pangkalan data, sql,php, powerbuilder,javascript,pembangunan web,multimedia,polisi ict universiti,perisian aplikasi dan dll....................
semalam aku kira soalan network ada 10 soalan...........soalan yg belakang ada kecuali......ada lebih kurang 12 soalan cth soalan..berikut ada ciri FSO kecuali...... sebelum aku jawap semua soalan........kalau hujung soalan tu ada kecuali awal2 lagi aku dah bulatkan.....langkah keselamatan takut aku tersalah jawap..terkonfius.......soalan sql.....di berita table staf dan pekerja.....pastu dia beri soalan macamana nak keluarkan laporan yang diminta......sql punya soalan lebih kurang ada 6 soalan..pastu php punya soalan lebih kurang ada dalam 6 soalan.........dia beri prog php pastu dia tanya apa output yang keluar....susah jugak soalannya...1 soalan pasal powerbuilder....kat tempat aku..prog pembangunan sistem mengunakan software...nie........dan soalan yang lain2 tu ikut pecahan.....silibus...........yang aku ingat lagi ada soalan kejuteraan sistem JAD.....dan lain2.......
tengok pada kesukaran soalan.... secara official nya............tidak melayakkan aku utk mendapat aras 4 atau markah 80 ke atas......utk melayakkan dapat markah 80 ke atas........kesalahan maksiman mestilah 8/40......kalau ko salah 9 automatik...melayakkan ko mendapat mendapat markah 80 ke bawah iaitu aras 3............sedih ler sebab tak dapat naik gaji.........aku rasa aku boleh dapat aras 3........sebab awal2 lagi soalan network 10 soalan aku tak pasti jawapannya..........walau apa apapon....ucapkan tahniah pada diri sendiri sebab berani mengambil PTK tah henti2 bermula tahun 2004 sehingga sekarang........

Monday, April 13, 2009

lepas menjawap soalan ptk

salam.....
baru lepas menjawap soalan TK2 umum tadi..fuhh..lega....20 soalan objektif mewakil 20% dan 8 soalan esei jawap 4 soalan mewakili 80%.....................aku terover lak hari aku jawap esei sampai 5 soalan....sebab ada masa lagi masa lebih kurang ada setengah jam lagi aku angkat tanggan minta kerta jawapan tambahan........... pada aku soalan kali aku rasa ada mudah sikit..soalan direct the point tak terbelit-belit

saoalan yang aku jawap
1. ciri2 piagam pelanggan
2. arahan keselamatan
a -terangkan
-dokumen terperingkat
-maklumat teerperingkat
- kawasan terperingkat
- bahan buangan terperingkat
b -pelanggaran perkara terperingkat
3.bahagian protokol -majlis universiti
susunan tempat duduk
- datang membawa 'extra'
- jawap datang tetapi tidak datang
- jawap tidak datang tapi datang
- jawap datang berdua tapi datang sorang
4.bahagian kauseling
lima kateria yang membolehkan individu dikenakan kauseling
5.bahagian IT
penyelanggaran berkala
a. jelaskan apa yang anda faham mengenai penyelenggaraan komputer
b. nyatakan 5 aspek semasa penyelenggaraan

Soalan yang aku tak jawap

6. pekeliling mengenai gangguan seksual di tempat kerja
-nyatakan kategori gangguan seksual di tempat kerja
7.bahagian kewangan
-nyatakan syarat dalam kaedah perolehan iaitu perundingan
8.bab dasar
dasar sosial negara
-nyatakan strategi dalam mencapai dasar sosial negara

aku ada konfiden sikit..maybe boleh lulus samada aras 3 atau 4....isyallah.......sebab semua soalan aku ada baca.....dan ada 3 soalan yang tahun lepas diulang balik macam soalan, dasar,piagam dan bahgian IT..


SEKIAN

Thursday, April 9, 2009

keputusan Ujian Darah

Selasa lepas aku buat ujian darah...utk kalestrol dan asid urik.....sebab dah beberapa hari sebelum tu badan aku letih2..dan penat.......aku buat ujian tu kat pusat kesihatan universiti UTHM. Hari nie jumaat 10/4/09..aku ambil result tu...terperanjat jugak aku tengok result tu...ada berita gembira dan berita kurang gembira....berita gembira nya bacaan asid urik aku dah turun dari 588 ke 583 dan sekarang 547 mg/dl.......gembira jugak aku hasil dari aku kurangkan makan makanan protein tinggi macam kacang,ikan bilis, soya.....dan seangkatan dgnnya bahaya kalau asid urik tinggi ..nanti boleh kena gout dan batu karang boleh terbentuk kat buah pinggang..sapa nak............ bacaan asid normal adalah dlm bacaan 155-428 mg/dl..yg aku terperanjat tu bacaan kalestrol aku tinggi......normal 0-5.2 mmol/l aku punya 6.6 mmol/l ...aku tanya Pem. Perubatan tu macam mana nak kurangkan kelestrol...dia suruh aku bersenam ..senang je jawapan dia kan...utk bacaan HDL kalestrol (kalestrol baik) normal 0.9-1.55 bacaan aku 1.63...aku terlebih kalestrol baik sebab memang aku ada makan minyak ikan Omega 3.....kot....so..kat tempat aku nie ada GYM.......esok dgn rasminya aku daftarkan diri pusat fitness..tu kurangkan berat badan sikit.....pendafaran rm70.00 yuran bulanan rm50.........sambil angkat besi aku ambil kelas tarian poco-poco....seronok...tu......... ini cerita lain..aku pelik masa aku beritahu sesetengah org yg aku dah lepas buat ujian hiv(utk kawin).....ada yg macam tak percaya..atau risau macam aku takan lepas....apa diorang ingat terlibat dgn gejala tak elok ..kepala hotak diorang suka2 hati diorang nak mengutuk aku...hampeh betol...macam diorang tu bagus sgt...... padahal kat tempat kerja aku nie dah ramai bebudak kena penyakit kronik...ada yang dah kena bedah.....macam2 lagi ler....aku takan selama-lamanya jadi bahan lawak,gurauwan orang....lah sekali korang maki aku kutuk aku seribu aku bagi atau balas balik. kutukan korang...apa korang ingat aku sama macam dulu..pirah....... aku dah matang beb dah semakin kenal kekuatan diri sendiri.....dulu aku terima je org cakap....sekarang jangan korang ingat aku akan terima mentah2........................adios puhhhhh

PTK Lagi

salam......
ptk....mmmmm.........hari senin nie 13/4/09.......adalah tarikh ptk umum.....16/4/09 tarikh khusus........aku nota dah banyak....cuma baca je belum lagi.....macam malas je nak baca.... petang nie jumaat 10/4/09 ada taklimat ptk......yg di buat oleh pejabat pendaftar.......masa nielah diorg nak bagi soalan2 apa yang keluar ( diorang bagi sikit je sebenarnya)..maknya tinggal sabtu dengan ahad ler masa utk aku mentelaah buku2 perkhidmatan....pekeliling semua...mmmm...harap aku boleh dapat 4....Isyallah...cayok2........

Monday, April 6, 2009

Web lawn bowl UTHM

Salam.....semua....
kat sini aku nak promote web lawn bowls UTHM, sebenarnya web nie dah lama dah.....dibuat oleh webmaster en zamri.....cuma baru2 nie dia dah upgrade version kepada yang lebih tinggi...
aku sebenarnya AJK dlm kelab lawn bowls UTHM, diorang lantik aku masa meeting lawn bowls...aku terima jawatan nie dgn senang hati sebab diorang iktiraf penglibatan aku dalam lawn bowls UTHM

Laman web kelab
http://fatekma.uthm.edu.my/lawnbowl

ajk kelab lawn bowl UTHM
http://fatekma.uthm.edu.my/lawnbowl/index.php?option=com_content&task=view&id=12&Itemid=26

Friday, March 20, 2009

Email Rasmi Keputusan Karnival Sukan Staf 2009-Boling Padang

Email ini telah diwartakan kepada semua staf UTHM pada 19/2/09

Y. Bhg. Prof. Dato'/ Prof./ Tuan/ Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dengan sukacita dimaklumkan keputusan Boling Padang yang telah diadakan di Komplek Belia dan Sukan Larkin pada 14 & 15 Mac 2009. Pemenangnya adalah seperti berikut;

KARNIVAL SUKAN STAF UTHM 2009
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BOLING PADANGTARIKH : 14 – 15 MAC 2009 (SABTU – AHAD)

SINGLE LELAKI
TEMPAT PERTAMA : P.MADYA KAMARUDIN BIN KHALID
TEMPAT KEDUA : EN MUHAMAD AZMI BIN ALI * satu lagi kejayaan
TEMPAT KETIGA : EN HARIS BIN MD NOOR

SINGLE WANITA
TEMPAT PERTAMA : CIK NORASLINA BINTI SAILAN
TEMPAT KEDUA : PN SITI ZAHARAH BINTI KUNCHI MON
TEMPAT KETIGA : CIK NORADILA BINTI ABDUL LATIF

PAIRS
TEMPAT PERTAMA
: EN ZAVELIN BIN TASRI
: EN MAHATHIR BIN MOHAMED
TEMPAT KEDUA
: EN AZIZUL ZAMRI BIN MUHAMED AMIN
: EN MOHD FIRDAUS BIN SULIMAN
TEMPAT KETIGA
: PROF IR DR SAPARUDIN BIN ARIFFIN
: EN SUHAIMI BIN MOHD SUKOR

Pihak urusetia Boling Padang mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berterima kasih diatas semua kerjasama yang diberikan sepanjang perlawanan diadakan sehingga selesai. Terima kasih diatas semua penyertaan dan sambutan yang telah diterima. Sekian.

Ishak bin Ayub
Ketua Boling Padang,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Tel : 019-7589605

Monday, March 16, 2009

Gambar Masa Raya 2007

Klik utk paparan lebih besar
Gambar keluarga PTM 2007, selepas Majlis Khatam Al-Quran dan Sesi Fotografi Raya PTM 2007
Unit Seliaan Aplikasi

Sunday, March 15, 2009

Karnival Sukan Staf 2009 Boling Padang

klik utk paparan lebih besar
Gambar masa tengah lawan Dr.Haris

Gaya seorang naib johan yihaaaa

Mmmm...dah lama aku tak update blog..banyak kerja.......hari jumaat lepas hingga ahad (13-15/3/09) berlangsungnya karnival sukan staf 2009 acara boling padang...yang aku tunggu2 selama nie..acara bertempat di kompleks belia dan sukan negeri johor, larkin. Masa pembahagian kumpulan dan acara....aku terperanjat sebab nama aku naik utk main single. Mana ler aku terror single biasanya aku main acara fours.Nak taknak aku terpaksa main single jugak. Saingan dalam acara single power2 semua. Diorang semua otai2 dalam lawn bowls uthm. Aku pendekkan cerita games pertama aku kalahkan Dr.Haris pensyarah FPT dengan mata 20-9, games kedua aku kalahkan Hj. Kamarul Azhar pensyarah FKMP 6-0 , games ke tiga aku kalahkan En.Sahak staf PPSains dengan 12-9 dan last sekali aku tewas dengan PM Hj. Kamarudin(Bos Pusat Kokurikulm Sukan Dan Kebudayaan ) dengan mata 9-14. Semua keputusan tu secara officialnya meletakan aku pada kedudukan PERAK (No.2)..................Nak story ler sikit masa sukan antara staf universiti(INTERVASITI) kat UNIMAP pada thn 2007 masa team lelaki menang perak...ada cakap2 belakang mengatakan bahawa aku menang sebab ' team aku kuat ' , 'nasib ko sebab orang dalam team ko kuat' maknanya team aku kuat aku tak kuat sebab menang bergantung pada team je.....sekarang aku dah membuktikan bahawa .....aku tak bergantung pada team aku semata-mata...sebab dengan acara single( tidak dibantu oleh team) aku masih boleh menang.......so.......aku dah berjaya menutup mulut member2 aku yang lain yang sebenarnya cemburu dengan kejayaan aku..huhuuhhh..hahaaa..bangganya aku. Ada member dalam team lawn bowls UTHM dah offer utk aku wakil acara fours Intervasiti kat UMT(Uni. Malaysia Terengganu) yang akan berlangsung pada 3-13/6/09...tapi aku terpaksa menolak sebab clash dengan tarikh aku bersanding.....sedih aku...tapi takper...tahun depan aku main sampai lebam....
sekian

Thursday, March 5, 2009

Gambar Masa Raya

Klik utk paparan lebih besar
Gambar sambutan hari raya Pusat Teknologi Maklumat (PTM ) thn 2006
Nie gambar AJK Kelab Kebajikan Staf PTM

Nie gambar budak2 unit Sistem Maklumat. Masa tu aku di bahagian sistem maklumat pelajar

Tuesday, February 24, 2009

Gambar masa kursus Kat Intan Sabah

Bangunan Intan Sabah baru mula beroperasi pada Jan 2009. Semua serba baru. Dikelilingi hutan yang indah , jarak Intan dgn Airport 60 km lebih kurang 1 jam perjalanan dgn menaiki teksi dengan bayaran rm80.00. Jarak dari Bandar Kota Kinabalu pula lebih kurang 30km. Aku bertuah sebab aku adalah batch yang ke-11 menjalani kursus kat sini dan batch ke-2 utk kursus prog kewangan yang aku ikuti . So aku antara yang terawal berkursus kat sini. Makan memang best2 lebih sedap dari masa aku berkursus di Intan Sarawak

Pemandangan dari rumah staf bertentangan dengan bilik aku

Surau terapung memang cantik


Ni gambar tempat aku menginap dari luar , nama hostel nie Mersilau


Cantikan bilik aku. Macam hotel 4 bintang. No bilik aku Mersilau ( m108)

Bilik air yang cantik

Katil yang best dan selesa

Monday, February 23, 2009

Gambar-gambar Koir

klik utk paparan besar
Gambar diambil selepas kitaorang buat persembahan konvokesyen 2008
Gambar diambil selepas kitaorang buat persembahan konvokesyen 2007

Gambar diambil selepas kitaorang buat persembahan konvokesyen 2006

Gambar AJK Pelaksana ( aku AJK promosi dan publisiti) Pertandingan Lagu-lagu Patriotik 2007 IPTA & IPTS Sempena 50 Tahun Kemerdekaan kat Auditorium Parcel E, Putrajaya. Masa ni peringat saringan. Macam biasa pertandingan anjuran Majlis Kebudayaan Universiti(MAKUM), Kementerian Pengajian Tinggi dan UTHM