Pages

Subscribe:

Thursday, January 29, 2009

PTK Dan Exam Lain

Mmmmmm...hari nie (30/1/09) aku dapat result PTK F29-TK2......sungguh kuciwa....first time ambil..aku tewas........umum aku dapat aras III khusus dapat aras II and aras keseluruhan aku dapat aras II je....sedihnya aku......aku takan putus asa...aku akan ambil lagi..... kalau ikutkan sejarah aku ambil PTK.......aku memang selalu fail.......pastu lulus akhirnya..nie sejarah aku ambil PTK sejak mula2 aku ambil tahun 2004

Tahap Kecekapan 1

tahun 2004
UMUM ARAS 3
KHUSUS ARAS 3

tahun 2005
UMUM ARAS 1 - tak baca langsung
KHUSUS ARAS 1 - tak baca langsung

tahun 2006
UMUM ARAS 3
KHUSUS ARAS 2

tahun 2007 - start thn nie exam dibuat 2 kali sesi 1 bulan 3 sesi 2 bulan 9
sesi 1
UMUM ARAS 4
KHUSUS ARAS 3
sesi 2
UMUM -tak yah ambil lagi sebab dah dapat aras 4
KHUSUS ARAS 4

keputusan keseluruhan aras 4 ...So bermula awal tahun 2008 tangga gaji aku naik dari P1T? ke P2T?..............

Bulan 9 tahun 2008 aku ambil TK-2..sesaja mencuba untuk naikan gaji sekarang..tapi keputusannya....sian aku tak lulus....soalan agak susah sikit..sebab aras 2 kan

Tahap Kecekapan 2

tahun 2008
UMUM ARAS 3
KHUSUS ARAS 2

Petunjuk Aras(Markah)
Aras 1 - 40 kebawah
Aras 2 - 41-59
Aras 3 - 60-79
Aras 4 - 80-100
Dan lebih membanggakan aku masa aku lulus TK1 nie...aku adalah programmer pertama yang lulus TK1 dari dari 24 orang programmer seluruh UTHM nie..pada tahun 2007...sekarang jumlah programmer setakat hari nie jumlahnya 32 orang termasuk 3 orang f32.....kira power jugak aku nie..masuk bakul angkat sendirilah pulak.........setakat hari nie dah ada 2 orang programmer yang dah lulus aras 4...aku dan sorang lagi ..korang kenal kot Saeimah Othong...............tahun 2009 nie aku cadang nak ambil lagi TK2..............bulan 6 nie kot.....rasanya aku sorang je ambil kot sebab Saeimah bersalin....
-----------------------------------------------------------------------------
Peperiksaan lain yang aku ambil utk comfirmkan di dalam goverment dulu ialah peperiksaan perkhidmatan...ada jugak paper aku kandas aku start ambil pada tahun 2003
Peperiksaan Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Sokongan 1
KERTAS 1 (Pengurusan Universiti Dan Perlembangaan Malaysia) kandas
KERTAS 2 (Sistem Pentadbiran Dan Syarat-syarat Perkhidmatan) lulus
KERTAS 1 (Pengurusan Universiti Dan Perlembangaan Malaysia) repeat....baru lulus
KERTAS 3 (Peraturan Kewangan) lulus

Friday, January 23, 2009

Zaman Belajar Kat Jengka

Kedingnya aku masa nie .Size pinggang aku 27 inci masa tu dan.sekarang???

Mmmmm.......teringat aku zaman belajar Dip kat UiTM Jengka......dulu banyak kenangan..manis ,sedih dan pahit..bagi aku kenangan manis aku tak berapa banyak lebih kepada kenangan satu lagi....................tapi takper kenangan sedih tu dah lama berlalu..ambil yang jernih buang yang keruh..mulakan dengan hidup baru....nie gambar matrik card aku masa belajar...dah 13 tahun aku simpan matrik..hari ni aku scan......utk dimasukan dalam blog nie

Thursday, January 22, 2009

Kereta Aku



Aku baru beli kereta proton new series PROTON SAGA 1.3MT (M) M-LINE pada hujung 2008 seingat aku seminggu nak raya puasa..dah masanya aku beli..sebab dah jadi keperluan..selama nie dah masuk 10 tahun kerja...time nak balik kampung...je...mesti cari bus.....terminal bus larkin tu dah familiar sangat......aku rasa sesetengah org kat situ aku dah kenal..dah........naik bus memang seronok..naik je tidur..bangun tidur je dah sampai destinasi..tapi terseksanya time musim perayaan ler..silap2 aku kena cari bus sangkut2..sebab tiket dah habis...sekarang nie pon tiket bus dah mula mahal surcaj 30%... bila ntah nak ditamatkan.......dulu aku naik bus dari parit raja ke larkin tiket harganya rm8.20...sekarang nie harganya rm10.70........... nie gambar kereta aku.....

Kebudayaan Dan Koir

nie gambar kitaorang masa buat persembahan pada 14/1/09 masa pelancaran english language support programme..kita org nyanyi 3 buat lagu BI , sway, i have a dream dan last sekali smile



Nak story sikit.............koir dan kebudayaan...kat tempat kerja aku adalah saling berkaitan..... antara persatuan yang bernaung di bawah kebudayaan kat sini..termasuk ler persatuan gamelan, persatuan koir dan okestra...... ketiga-ketiga persatuan nie ahlinya semua staf....kalau persatuan kelab warisan..nie anggotanya semua student...diorang lebih kepada tarian .....so....dlm banyak2 tu aku pilih persatuan koir...aku dah joint koir sejak thn 2006.....
maknanya dah 3 thn aku meyanyi masa konvokesyen...uthm.....

Tuesday, January 20, 2009

Sukan Yang Aku Ceburi

Gambar team boling padang lelaki dan wanita UTHM masa Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32 Di UNIMAP 16 – 23 Jun 2007 ..team perempuan sampai suku akhir....team lelaki sampai final ......gambar diambil selepas meraikan pinggat PERAK sejurus tewas dengan tuan rumah UNIMAP
perjalanan sebelum ke final ( lelaki )
uthm mm um (2-1 ) - um johan thn lepas
uthm kk utm (1-2)
uthm mm upm (2-1) naib johan kumpulan
uthm mn uum (3-0) suku akhir
uthm mn utem (3-0) separuh akhir
uthm kk unimap( 1-2 ) akhir


Peserta Perbarisan Kebudayaan ( Kuda Kepang ) UTHM Sempena Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32 Di UNIMAP 16 – 23 Jun 2007 Tempat ke-2

nie gambar masa International Mahsuri Cup 2007- Boling Padang tengah lawan Majlis Perbandaran Kuantan B......aku wakil Kuittho B
nie gambar masa International Mahsuri Cup 2007- Boling Padang

Nak cerita pasal penglibatan aku dalam sukan .....Mmm..... aku mulai aktif bersukan secara suka2 ..sukan yang mula-mula aku join badminton....aku and bebudak opis aku main bandminton waktu malam..pada masa tu gelanggang badminton tempat kerja aku.....biasanya student dah booking habis...so...kitaorang biasanya tak dapat main.....utk melampiaskan gian badminton kitaorg sewa gelanggang bandminton SM Tun Ismail Parit Raja...tulah detik mulanya aku menceburkan diri dengan sukan.....start 2003......kat bawah nie aku listkan pengelibatan aku dengan macam2 sukan yang aku join sampai sekarang ikut tahun..Mula2 aku makan hati jugak dengan member kat tempat kerja aku nie sebab ramai yang meragui keupayaan..aku..ada kata aku nie lembik...............and kalau aku menang pon ..diorang kata aku bernasib baik je.........macam2 ler aku dengor....tapi aku ignore je.............tak payah layan..buat sakit hati je ......sekurang-kurangnya aku dah membukti kat diorang aku lagi hebat dari diorang..... diorang apa hasil...mengutuk aku tak sudah2....erkkk teremosi lah ...pulak

SUKAN

2003
Sukan Antara Jabatan Di KUiTTHO - Badminton

2004
Kejohanan Sukan 4 Penjuru Badmintan kumpulan (Pejabat Pendaftar,HEP,PTM dan PPA) - Johan Maa...

2005
Pertandingan Menembak PELAPES KUiTTHO Kali Ke-3 ,2006 - Keempat ( dapat pinggat )

2007
  1. Boling Padang-Acara Fours (berempat) Lelaki Karnival Sukan Staf UTHM 2007 - Gangsa
  2. Boling Padang- Acara Fours (berempat) Campuran Karnival Sukan Staf UTHM 2007 -Gangsa
  3. Perlawanan Tenpin Boling Persahabatan PENTAS(Pesatuan Gred 27 keatas) dan Bank Rakyat ( Fours ) 2007 berkumpulan - Ketiga ( dapat hamper )
  4. Sukan Dalaman Staf PTM 2006-2008 – Peserta ( berkumpulan rumah hijau ) Johan overall kumpulan
    · Memanah Tempat ke -3
    · Karom Tempat ke -4
    · Dart Tempat ke -2
    · Jigsaw Puzzle Tempat ke -2
  5. Pertandingan Menembak Kali Ke-4 UTHM 2007 ( berkumpulan) - kalah peringkat kumpulan
  6. Peserta Perbarisan Kebudayaan ( Kuda Kepang ) UTHM Sempena Perasmian Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32 Di UNIMAP 16 – 23 Jun 2007 Tempat ke-2
  7. Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-32 Di UNIMAP 16 – 23 Jun 2007-Boling Padang , Fours lelaki - nie antara event sukan paling besar kitaorang dapat PERAK kalah kat final dengan tuan rumah UNIMAP
  8. Larian Dan Konvoi Berbasikal Sempena Kemerdekaan Ke-50 Tahun 2007 - Peserta larian
  9. International Mahsuri Cup 2007- Boling Padang - Nie satu lagi event sukan paling besar yang aku joint.. masa tu aku pairs dengan Nurdiana Hamdan..kitaorang kalah peringkat kumpulan dengan team Singapore

2008

  1. Karnival Sukan Staf UTHM 2008– Boling Padang pairs gangsa , fours keempat
  2. Karnival Sukan Staf UTHM 2008– Tennis jadi peserta je
  3. Karnival Sukan Staf UTHM 2008– Tarik Tali dapat gangsa
  4. Karnival Sukan Staf UTHM 2008– Bola Tampar jadi peserta je

2009
1. Karnival Sukan Staf UTHM 2009– Boling Padang single perak

Monday, January 19, 2009

Kursus Sepanjang Zaman

Sesaja nak listkan kursus2 yang aku pergi sepanjang aku mula masuk kerja kat sini dari mula nama ITTHO..ke.....KUiTHHO and sekarang UTHM...tahun nie genap aku kerja kat sini 10 tahun..bersamaan 1 dekad.....pergggg....................

2009
  1. Baru mohon Bengkel Kehilangan,Pelupusan Dan Hapuskira kat INTAN Sabah dapat tak dapat terserah..tapi big boss dah luluskan

2008

  1. Kursus Pengurusan Aset Alih Kerajaan Siri 1/2008 Anjuran Intan Sarawak & JPA.
  2. Kursus Protokol,Etiket Sosial Dan Ketrampilan Diri Bil. 01/08 Anjuran Intan Bukit Kiara.
  3. Program ‘Memantapkan Semangat Kekitaan & Organisasi Cemerlang’ Oleh SAC Consultancy Sdn.Bhd.
  4. Seminar Motivasi Staf UTHM.
  5. Kursus On Advanced PHP And MYSQL.

2007

  1. Kursus JOOMLA For Developer.
  2. Kursus MS Access.
  3. Seminar Plan Pelaksaan Kerajaan Elektronik 2007.
  4. Kursus Membuat Keputusan Berkesan.
  5. Seminar Pembangunan Kendiri Anjuran Pejabat Canselori Dengan Kerjasama Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas ( Pentas ).
  6. Bengkel Penambaikan Sistem Maklumat Pelajar Serta PA Online.
  7. Kursus Perisian Business Intelligence(BI) Elixir Reportoire.

2006

  1. Kursus Pengurusan Stress.
  2. Latihan ‘Change Request’ Borland Starteam Ver 5.4.
  3. Kursus Power Builder 9.
  4. Kursus Sikap Kerja Positif.

2005

  1. Kursus Nilai Teras Pembangunan Sumber Manusia(HROD) .

2004

  1. Kursus PHP AND MSQL- Fast-Track Basic-Intermediate.
  2. Kursus DOMINO For Lotus Notes Programming.

2003

  1. Kursus Kenegaraan .
  2. Bengkel Perancang Strategik Pembangunan ICT Teknologi Maklumat 2003.
  3. Kursus Webmail KUiTTHO.
  4. Kursus Securing Windows XP.
  5. A+ Certification Programme(Troubleshoot Computer.

2002

  1. Kursus Pemantauan Keajaiban Diri Dan Organisasi Cemerlang(Melalui Fikiran Positif Dan Royaliti) .
  2. Advanced PC Configuration,Troubleshooting And Data Recovery .
  3. Kursus PowerBuilder 8.0
    -Fast Track To PowerBuilder Ver 8.0.
    -Utilizing The Web DataWindow For PowerBuilder Ver 8.0.
  4. Kursus Linux .
  5. Kursus Modul Induksi Umum/Khusus.
  6. Seminar Microsoft.
  7. A+ Certification Programme.

2001

  1. Monitor Troubleshooting And Repair- Basic And Advance Level .
  2. Kursus Macromedia(Dreamweaver,Adobe Photoshop and Flash).
  3. Kursus Pemantauan Keajaiban Diri Dan Organisasi Cemerlang(Melalui Teambuilding Dan Pemikiran Positif ) .

2000

  1. Kursus Khemah Kerja Budaya Kerja Cemerlang
  2. Bengkel Penghayatan Keluarga Sakinah Peringkat ITTHO.

1999

1. Kursus Keselamatan Industri Dan Keselamatan Pekerja

Sunday, January 18, 2009

Berat Badan Dah Turun Sikit

Mmmmm...................yihaaa...berat badan aku dah turun..sikit dari 78 kg....sekarang dah tinggal 75.6 turun...dekat 3 kg dah....lega....beb aku baru je timbang berat badan kat bilik OPD(Operator Pemprosesan Data) kul 9.30am tadi..........utk pegetahuan mesin timbang diorang paling canggih kat sini digital.....maaaaa........................Nak tahu rahsianya....nie rahsiany...aku baru memulakan diet..aku seminggu lepas nie masuk minggu ke-2..........miggu lepas ..aku makan nasi 3 kali ler...yang lain aku makan produk diet CNI....aku dah jadi ahli CNI ni dah masuk tahun 8 kot...dah lama dah.....cuma aku pakai barang je......aku tak ler sampai nak jadi jutawan...takder masa....guna jer barang ...aku biasa belikan royal jelly atau life enzyme utk mak aku kekadang kalau ada rm lebih....................aku habiskan bonus aku bulann 12 tuhari utk cuba produk nie....he...he ...nie gambar produk sandFI...

Rumah Aku


aku ambil gambar nie pada 23/1/2009

aku ambil gambar nie pada 19/8/2005

Masa umur aku 27 tahun pada tahun 2005....lebih kurang macam tu ler....aku teringin nak ada rumah sendiri...so aku pon berhutang dengan Perbendaharaan Malaysia..........pada bulan 2 tahun 2005..secara rasminya aku mendapat kunci rumah dari pemaju......dan secara rasminya aku ada rumah sendiri......Rumah yg beralamt No.17 Jln Wira 5, Taman Wira, Parit Raja,Batu Pahat ,Johor.......lokasi rumah nie dekat je dengan tempat kerja aku lebih kurang 1 km dari je dari tempat kerja........rumah teres 4 bilik nie masa aku beli harga dia rm119k............so sekarang dah 4 tahun dah aku duduk kat situ..satu pengubahsuaian pon aku belum buat lagi...aku nak tunggu setahun lagi genap kan 5 tahun.....nanti boleh buat loan kalau tak silap buat loan 25% dari dari harga asal rumah.....boleh buat kabinet dapur and pasang mozek kat posh depan tu......nie gambar rumahnya...aku ambil gambar nie pada 19/8/2005.....

Saturday, January 17, 2009

Tunang Aku




Mmmm...malu aku nak tulis........................tulis jelah....aku nak story sikit pasal perkahwinan....aku akan berkahwin pada bulan 6 tahun 2009.....semua member aku..yg sebaya.....dah kawin....5 atau 6 tahun lepas...so kiranya aku nie dah tertinggal bas dah......tapi aku tak kisah..aku peduli apa orang kata...yang penting..aku kawin...kat luar tu ramai lagi.. yang masih tercari-cari....aku nie bertuah jugak..sebab dapat berkawin...akhirnya InsyaAllah... aku nak berkongsi pada korang gambar tunang aku....aku bertunang sehari sebelum Deevapali tahun 2008.........Nama dia Zuraidah Bte Mohd Esa ..masa aku tunang umur dia 25 tahun..duduk kat Tenggaroh......depan rumah dia Tanjung Leman..Orang Mersing ..jauh rumah dia 2 jam dari rumah aku

Thursday, January 15, 2009

Bicara Mula

Aku terpaksa create account blogger nie sebab nak join x-manster punya blogger......takler................sesaja aku buat blog..sebab bosan asyik tengok blog orang je..teringin jugak aku nak tengook blog sendiri ................jeles siut..orang lain ada blog.........aku takder....................sekian